Buletin

HONDA WR-V DILANCARKAN DI PAMERAN AUTOMOTIF BRAZIL

Honda Motor hari ini memperkenalkan model crossover terbaru mereka pada pameran Sao Paolo International Motorshow, Brazil. Ia dijangka akan dilancarkan sepenuhnya secara eksklusif di benua Amerika Selatan tersebut pada tahun hadapan. WR-V yang bermaksud ‘Winsome Runabout Vehicle’ menggunakan konsep kereta kompak dengan ruang dalaman luas bagi kegunaan pelbagai. Seperti yang dillihat, ia adalah model yang dibangunkan sepenuhnya dari Honda Jazz untuk pasaran gaya hidup moden dan aktiviti rekreasi. Ini juga varian ketiga yang menggunakan casis yang sama selepas City dan HR-V.

PANDU UJI : HONDA HR-V, SUV KECIL DENGAN GAYA HIDUP MODEN REBIU : HONDA JAZZ VARIAN TERKINI

Honda memilih warna tema merah Ruby pada model pameran kali ini. Ia dipilih sebagai konsep warna ceria. Berbeza dengan Jazz varian bandar, W-RV dilengkapi skirting sisi dan juga lips pada bampar hadapan.

h-wr-v-2

Honda mempunyai pengaruh besar di benua Amerika Selatan. Mereka telah memulakan perniagaan di sana seawal tahun 1971 dan sejak itu telah menjual lebih 24 juta kenderaan di sana termasuklah motosikal dan produk bermotor yang lain.

Justeru, pemilihan Brazil untuk memperkenalkan WR-V adalah sebahagian dari penghormatan yang dibuat untuk menghargai pelanggan mereka di sana.

h-wr-v-1 honda-wr-v-2

Google ads
Back to top button