Buletin

HOT WHEELS SAMBUT ULANGTAHUN KE-50 DI MALAYSIA

Tahun ini, Hot Wheels® meraikan Ulang Tahun ke-50. Sepanjang separuh abad, Hot Wheels® menjadi inspirasi kanak-kanak mencabar halangan menerusi perlumbaan di atas litar jingga dengan meluncurkan kereta lumba mereka penuh bergaya.

Jelajah 50 Tahun Asia Tenggara Hot Wheels® yang dilancarkan oleh Pengurus Rekaan Produk Global Hot Wheels®, Dmitriy Shakhmatov. Malaysia menjadi destinasi pertama pelancarannya diadakan di MAEPS, Serdang, SERENTAK dengan penganjuran tahunan Art of Speed.
 
 
Acara itu dihadiri ramai peminat kenderaan dari seluruh negara. Para pengumpul koleksi (collector) pastinya peka bahawa acara tersebut adalah peluang terbaik bagi mendapatkan koleksi istimewa yang terhad keluarannya.
 
“Kami amat berbesar hati kerana Hot Wheels® telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada para peminatnya sepanjang tempoh 50 tahun ini. Kami percaya bahawa cabaran perlu dihadapi secara imaginatif dan kreatif. Ia adalah tanggungjawab kami untuk memastikan manfaat nilai-nilai sebegitu dapat dirasi generasi baharu,” ujar Pengurus Besar Mattel Asia Tenggara, Ivan Franco.
 
Jenama tersebut turut menganjurkan pertandingan reka cipta dengan meminta pelajar berumur 9 hingga 12 tahun sekitar Lembah Klang menghantar idea reka cipta kereta Hot Wheels terbaik mereka. Ramai yang menyahut cabaran itu dan menonjolkan kreativiti
masing-masing.
 
Setiap penyertaan individu diadili Dmitriy Shakhmatov sendiri. Shakhmatov telah bersama dengan jenama tersebut bermula 2015 dan sejak itu berjaya merealisasikan impiannya.
 
“Saya masih rasa seperti bermimpi apabila rekaan peribadi Aristorat saya direalisasikan. Itulah janji Hot Wheels®. Jika anda boleh memasang impian, anda juga mampu untuk menjelmakannya menjadi realiti. Semestinya saya akan menyertai pertandingan sebegini sekiranya saya seorang kanak-kanak. Saya gembira melihat Hot Wheels® bertindak proaktif dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti mereka,” kongsi Shakhmatov.
 
Pada acara Art of Speed 2018 Malaysia, Shakhmatov meluangkan sedikit masa bertemu sebahagian kanak-kanak, pengumpul koleksi dan peminat Hot Wheels. Beliau juga dilihat menandatangani autograf dan berbual-bual berkongsi minatnya terhadap kereta. Keterujaan beliau dapat disaksikan apabila beliau dikejutkan dengan hadiah berupa kolaj 50 penyertaan terbaik daripada pertandingan reka cipta tersebut.
 
Acara itu turut menyaksikan kemunculan kali pertama rekaan Car Culture 2019 yang ditunggu-tunggu. Ia merupakan hasil kerja Hot Wheels® dengan kerjasama RAUH-Welt BEGRIFF, ataupun RWB, Porsche tuner di Japan. Kereta RWB yang termasuk dalam koleksi Car Culture 2019 ialah RWB Porsche 930, yang merupakan salah satu varian Porsche 911.
 
Rekaan bentuk sebenar kereta tersebut hanya akan dilancarkan tahun depan. Untuk meraikan kerjasama ini, Hot Wheels® menunjukkan RWB Porsche 933 (varian Porsche 911) yang diubahsuai untuk Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels® buat kali pertama kepada umum. Kereta itu dilancarkan oleh Ivan Franco; Dmitriy Shakhmatov; Christian Coujin dari RWB Porsche; dan Asep Ahmad Iskandar, pengasas Art of Speed.
 
Bukan itu sahaja, enjin kereta tersebut turut dihidupkan oleh pemandu kereta kitar lumba antarabangsa Jazeman Jafaar. Sekiranya anda terlepas peluang untuk menyertai keseronokan ini, usah khuatir! Anda masih berpeluang untuk menunjukkan semangat mendepani cabaran pada Jelajah Kejohanan Hot Wheels® Asia Tenggara 2018!
 
Hot Wheels® mengalu-alukan penyertaan berpasukan yang terdiri daripada ibu atau bapa bersama seorang anak (berumur 4 hingga 12 tahun) bagi menguji ketepatan, kepantasan dan kreativiti. Jelajah ini akan ke 50 bandar-bandar sekitar Asia Tenggara.
 
Hanya enam pasukan akan melangkah ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada November 2018.
 
Selain itu, Hot Wheels® juga akan mengadakan larian santai “Made to Race” pada 12 Ogos 2018 di Kuala Lumpur. Pengumpul koleksi perlu memberikan perhatian bagi merebut Set Edisi Terhad sempena Ulang Tahun ke-50:
 
– Hot Wheels® 50th Black and Gold Collection
– Hot Wheels® 50th Originals Collection
– Hot Wheels® 50th Track Stars 5-car Pack
– Hot Wheels® 50th Anniversary Favourites
– Hot Wheels® 50th Zamac Flames Collection
– Hot Wheels® 50th Stars and Stripes Collection
– Hot Wheels® 50th Camaro Collection
– Hot Wheels® 50th Throwback Collection
– Hot Wheels® 50th Anniversary 10-car Pack
 
Untuk keterangan lanjut tentang Hot Wheels dan info berhubung sambutan Ulang Tahun ke-50, layari laman Facebook Hot Wheels atau laman web [hotwheels.mattel.com].
Google ads
Back to top button