
‘RAIKAN PERPADUAN’ JADI TEMA AOS2024 PADA 27 HINGGA 28 JULAI INI
Acara kustom terbesar di Malaysia, Art Of Speed (AOS) kembali lagi bagi edisi 2024 pada 27 hingga 28 Julai ini bertempat di MAEPS, Serdang.

Berikut program baharu bagi tahun 2024:
- SoundCircus Takeover tidak lagi berlangsung di luar dewan sebaliknya bakal dimuatkan ke dewan utama di Hall A. Menariknya, SoundCircus akan berlangsung sepanjang acara dari 27 hingga 28 Julai bermula jam 4 petang hingga lewat.
- AOS akan berkolaborasi dengan Selangor FC sempena kempen “Stop The Violence”.
- Penganjuran Komuniti Moto4sale melibatkan penjualan motosikal bawah 500cc.
- AOS bersama IGL Coatings akan pamer ‘coating’ edisi terhad khas untuk peminat dua roda.
- AOS akan berkolaborasi dengan empat jenama besar antaranya Zippo, Von Dutch, Selangor FC dan MOONEYES.
- 10 individu akan bersaing bagi segmen AOS Invitational Build-Off yang menyaksikan pemenang berpeluang menghantar motosikal kustom ke Jepun sempena Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Selain itu antara yang akan kembali termasuk Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia, Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally”, NEAT Fest di Hall C dengan kerjsama NoEqual, Off The Grid, Hail Vintage dan Streetware Con.
Seperti biasa, AOS tidak lengkap tanpa cabutan bertuah kali ini hasil kerjasama dengan QARTEL TV. Pemegang tiket bertuah akan membawa pulang sebuah kereta Honda yang telah diubah suai.

Pembelian pas hujung minggu boleh dibuat di pintu masuk utama atau secara atas talian dengan bayaran RM35. Sementara itu kemasukan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan pemegang pas OKU.
Kelainan tahun ini, pengunjung boleh mendapatkan tiket parkir VIP dengan bayaran RM30 dan membolehkan pengunjung meletakkan kenderaan di bawah Hall D.







