
Selepas tersebarnya brosur dan katalog imej Yamaha Exciter 150 2019 (Y15ZR) semalam, ini pula maklumat terbaru yang kami terima. Yamaha Vietnam dimaklumkan akan melancarkan model facelift 2019 ini pada hari esok 3 AUG 2018.
Seperti yang kami siarkan pada awal pagi tadi, Yamaha Exciter 150 model kemaskini 2019 datang dengan sejumlah perubahan yang agak besar.
BACA: YAMAHA EXCITER 2019. 6 CIRI BARU YANG MENARIK
Ia menampilkan perubahan pada bahagian lampu hadapan, bentangan instrumen paparan digital, suis lampu tinggi “pass light”, suis pemati “kill switch” dan tayar lebih hadapan lebih lebar.
Selain itu, enjin 150cc SOHC sejukan cecair masih digunakan dan khabar angin mengenai penggunaan enjin 155VVA pada model 2019 ini ternyata tidak benar.
Model 2019 ini juga masih menggunakan transmisi lima kelajuan.
Esok, kami akan kemaskini mengenai perincian model 2019 selepas dilancarkan.
GALERI