Buletin

HSS KINRARA AUTOHAUS DINAIK TARAF

Mercedes-Benz Malaysia Sdn, Bhd. (MBM) dan pengedar utamanya, Hap Seng Star Sdn. Bhd. (Hap Seng Star) mencatat satu lagi pencapaian dengan proses naik taraf Kinrara Autohaus (HSS Kinrara Autohaus).

HSS-Kinrara-Autohaus-mekanika (1)

Proses naik taraf itu melibatkan pelaburan berjumlah RM10 juta. HSS Kinrara Autohaus juga telah memperoleh persijilan sebagai Pusat Kecemerlangan Cat dan Badan Mercedes-Benz daripada Alat Ganti dan Servis Mercedes-Benz Global. Tempoh latihan untuk mendapatkan kelayakan tersebut bermula tahun lalu.

Sebagai pengedar pertama yang menerima pengiktirafan tersebut, HSS Kinrara Autohaus kini mampu menawarkan penyelesaian keseluruhan di bawah satu bumbung, terutama dalam aspek pengurusan kemalangan.

Selain itu, HSS Kinrara Autohaus mampu mempamerkan 10 buah kenderaan (penumpang dan komersial) pada satu-satu masa, selain menawarkan khidmat selepas jualan dan pembaikan. Khidmat kewangan daripada Mercedes-Benz Services Malaysia juga ada disediakan untuk kemudahan para pelanggan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.hapseng.mercedes-benz.com.my atau hubungi talian 03- 8073 3888.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button