Modifikasi

MITSUBISHI TRITON STREET MOD

Trend mengubah suai trak pikap di Malaysia sebenarnya tidak begitu popular berbanding negara jiran seperti Thailand.

SONY DSC

Trak pikap sebenarnya sudah dijadikan bahan modifikasi sejak dulu lagi dan cukup popular di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia. Trak pikap di sana  mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Paling popular untuk dijadikan bahan modifikasi ialah trak pikap mini atau mini truck. Trak mini ini merujuk kepada pikap yang berlantai rendah dan bersaiz kecil.

Trak pikap di Malaysia hanya boleh didaftarkan atas nama persendirian bermula pada penghujung tahun 1990-an. Sejak itu, semakin ramai rakyat Malaysia terutama yang bermastautin di Semenanjung mula menggunakan trak pikap sebagai kenderaan harian mereka. Walaupun mereka bukan seorang kontraktor atau pekerja ladang kelapa sawit.

SONY DSC

Kebanyakan trak pikap yang saya jumpa biasanya diubah suai untuk kegunaan off-road. Bukannya untuk street mod macam apa yang dibuat di luar negara. Segala-galanya berubah apabila kami berjumpa dengan Mitsubishi Triton hitam ni. Reaksi kami hanya satu – Wow!

Pemiliknya, Azli ialah seorang ahli perniagaan. Kenderaan bernadikan enjin disel ialah pilihan yang terbaik kerana ia jimat dan selesa. Jadi tidak hairanlah kalau Azli memilih Mitsubishi Triton sebagai kenderaan hariannya.

SONY DSC

Dikuasakan enjin enjin 4D56 2.5 liter turbo disel, enjin itu mampu menghasilkan 134hp dan tork 320Nm dalam keadaan standard. Enjin diesel yang dimiliki oleh Triton adalah antara yang paling berkuasa tinggi di pasaran Malaysia.

Walaupun angka itu nampak kecil oleh pengguna kereta berenjin turbo petrol, anda  kena faham bahawa enjin turbo diesel direka untuk mendapat kuasa tork yang maksimum  pada rpm rendah.

SONY DSC

Berbalik kepada projek modifikasi Azli. Macam biasa, ubah suai yang pertama dilakukan ialah pada bahagian enjin. Tidak ramai orang yang cukup pakar mengubah suai enjin turbo diesel, jadi ini boleh dijadikan contoh apa yang boleh buat dengan trak pikap anda.

Enjin ni mengekalkan turbo asalnya tapi ditambah dengan wastegate jenis external Turbosmart 38mm. Sebuah injap blow-off HKS Black Edition kemudian dipasang atas paip-paip intercooler buatan custom. Intercooler asal pula diganti dengan intercooler HKS jenis front mount yang kini sudah jadi sebahagian daripada bampar depan.

SONY DSC

Tahap boost enjin dikawal oleh pengawal boost elektronik Potent. Untuk throttle body kawalan elektronik enjin, Azli menggunakan pengawal throttle jenama Firepower. Sebuah perangkap pelincir Cusco turut dipasang bagi menaikkan lagi seri enjin dan turut bertindak mengumpul lebihan minyak kotor daripada memasuki semula ke ruang inlet manifold.

Agak menarik Triton pilihan Azli ialah versi transmisi manual. Masksudnya, jentera ini  mampu menerima lonjakan kuasa lebih tinggi tanpa masalah. Justeru, Azli telah menggantikan klac asal dengan klac jenis heavy duty.

SONY DSC

Walaupun Triton dioptimumkan untuk kegunaan off-road, tapi ini tak menghalang Azli mentransformasi Triton miliknya menjadi sebuah street rod. Pernah tengok Triton lowered? Ini kali pertama saya tengok.

Triton ni direndahkan dengan menggunakan penyerap hentak boleh laras Tein. Sebuah sway bar daripada Apache dan di belakang, satu set adaptor khas dipasang bagi mendapat tahap kerendahan yang diperlukan. Sepasang bar custom juga dipasang di bahagian belakang flat bed bagi membantu mengurangkan rasa membuai yang cukup sinonim dengan sebuah trak pikap.

SONY DSC

Untuk menambahkan ‘bling’, Azli memilih satu set rim aloi bersalut krom daripada Raguna berdiameter 20 inci. Rim 20 inci ini dibalut dengan tayar untuk kegunaan jalan biasa daripada Toyo yang bersaiz 265/50/20.

SONY DSC

Melihat ruang kabinnya, Triton ini mengekalkan kebanyakan peralatan asalnya. Tetapi kalau tengok pada papan pemuka, memang penuh dengan gajet. Antara gajet yang boleh dilihat ialah turbo timer HKS serta alat pengawal boost dan throttle. Di bahagian cermin depannya, tersusun satu set meter tambahan daripada Defi. Tombol-tombol gearnya diganti dengan tombol RalliArt.

SONY DSC

Di bahagian luar, Triton ini menggunakan bumpar belakang rekaan custom yang memberi ilusi bahawa ekzosnya keluar dari situ. Sebenarnya, ekzos Triton ini ialah rekaan custom saluran terus yang keluar dari sisi kenderaan, ala-ala hot rod gitu… Triton ini dicat hitam dan paling menarik ialah flat bed dicat dengan warna oren terang.

SONY DSC

Ubah suai Triton ini sebenarnya masih boleh dianggap mudah berbanding dengan apa yang dilakukan pada trak pikap di luar negara. Saya nak tunggu kategori turbo diesel berentap dalam Sepang Drag Challenge satu hari nanti. Stim juga tengok enjin turbo diesel berentap, berkepul-kepul asap hitam keluar!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button