Peranti

SAMSUNG GALAXY NOTE 4 & NOTE EDGE

Samsung Electronics Co., Ltd. (Samsung Electronics) baru-baru ini memperkenalkan model terbaharu GALAXY Note 4 dan GALAXY Note Edge.

samsung-GALAXY-Note-4-mekanika (1)

“Siri GALAXY Note menyerlahkan inovasi luar biasa dalam industri. Saiz skrin yang lebih besar dan teknologi S Pen menetapkan satu standard baharu dalam pasaran telefon pintar.

“GALAXY Note 4 menawarkan pengalaman Note paling lancar dan digabungkan bersama teknologi yang dimahukan oleh pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Komunikasi IT & Mobile Samsung Electronics, JK Shin.

samsung-GALAXY-Note-4-mekanika (6)

Paparan Quad HD (2560×1440) Super AMOLED menawarkan imej jelas dan sudut pandangan yang lebih baik. Melalui skrin yang lebih besar, ciri Multi Window membolehkan pengguna untuk melakukan pelbagai tugasan dengan lebih mudah.

Pengguna boleh memilih untuk mengakses aplikasi dengan skrin penuh, separuh atau pop-up. Anda juga boleh mengubah saiz dan posisi aplikasi di atas skrin dengan hanya satu swipe yang intuitif.

samsung-GALAXY-Note-4-mekanika (9)

Sistem kameranya pula mampu menghasilkan foto yang lebih cerah dan jelas. Ia dilengkapi kamera belakang 16 mega piksel dengan ciri Smart Optical Image Stabiliser yang menstabilkan kamera dan memanjangkan tempoh dedahan secara automatik ketika merakam foto di tempat gelap.

Sebagai tambahan, kamera 3.7 mega piksel di bahagian hadapan dengan f1.9 pula menawarkan sudut rakaman 90 sehingga 120 darjah.

samsung-GALAXY-Note-4-mekanika (8)

Sudah pasti, GALAXY Note 4 hadir dengan pelbagai ciri yang telah ditambah baik. Sebagai contoh, ciri Fast Charging dan Ultra Power Saving Mode memastikan peranti ini boleh dicaj dengan lebih pantas serta bateri tahan lebih lama.

GALAXY Note 4 mengetengahkan bahasa rekaan yang kemas dan bergaya. Ia dibina menggunakan kerangka besi yang diadun bersama skrin paparannya. Skrin kaca 2.5D diambil daripada GALAXY S3. Kaca tersebut menawarkan perlindungan ekstra dan pengalaman tontonan yang mengujakan.

samsung-GALAXY-Note-4-mekanika (2)

Pelindung bahagian belakang bertekstur lembut memberikan keselesaan dan mudah dipegang dengan sebelah tangan. Peranti itu bukan sahaja nampak cantik, malah lebih tahan lama.

Selain GALAXY Note 4, Samsung Electronics turut memperkenalkan GALAXY Note Edge. Peranti itu menawarkan pengguna dengan cara baharu untuk mengakses maklumat, berhubung, selain menyerlahkan personaliti dan citarasa pemiliknya.

 samsung-GALAXY -Note-Edge-mekanika (9)

Skrin melengkung unik GALAXY Note Edge menawarkan akses pantas kepada aplikasi yang sering digunakan, fungsi peranti dan notifikasi, biarpun ketika ia ditutup. Pengguna juga boleh menerima notifikasi daripada Edge Screen ketika menonton video tanpa diganggu.

samsung-GALAXY -Note-Edge-mekanika (6)

GALAXY Note 4 hadir dalam warna hitam, putih, tembaga dan merah jambu di pasaran global mulai Oktober depan. Sementara GALAXY Note Edge yang didatangkan dalam warna hitam dan putih bakal berada di pasaran-pasaran terpilih menjelang akhir tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button