
HUAWEI DEDAH PROTOTAIP SUPERCHARGER 600KW – BAKAL BERSAING DENGAN TESLA SUPERCHARGER V4
Huawei akhirnya mendedahkan Prototaip Supercharger 600kW yang turut menyokong pengecasan pantas DC 2015 China. Huawei Supercharger 600kW ini mempunyai voltan 200-1000V dengan output maksimum 600 A.
Huawei Supercharger 600kW akan bersaing pengecasan berkuasa tinggi lain. Antaranya ialah pengecasan pantas 500kW Nio yang dilancarkan pada Disember lalu.
Berbanding pengeluar lain, hanya Tesla Supercharger V4 generasi keempat mempunyai output kuasa maksimum 600kW, manakala Supercharger S4 Xpeng Motors menghasilkan output maksimum 480kW.

Untuk rekod, ia memiliki saiz 395/340/1700mm atas nombor model DT600L1-CNA1, selain tersedia kabel pengecasan sepanjang 3.5m.
Huawei Supercharger 600kW secara asasnya mampu mengecas 100kWj dalam masa 10 minit.
Keseluruhannya, pembangunan teknologi pengecasan berkuasa tinggi Huawei mencerminkan tumpuan strategiknya pada industri kenderaan elektrik terutamanya untuk kenderaan elektrik dari Huawei sendiri seperti Avatr 11 dan Arcfox Alpha S.