Buletin

STESEN PENGECASAN TNB ELECTRON MULA KENAKAN BAYARAN – BERMULA RM2.05 SEMINIT

Tempoh percubaan percuma untuk stesen pengecasan pantas DC, TNB Electron akhirnya tamat dan pengguna perlu membayar khidmat pengecasan EV itu bermula 1 Mac 2023.

Pada masa ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai tiga stesen pengecasan di sepanjang lebuh raya termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur iaitu R&R Ayer Keroh (arah utara), Tapah (arah utara) serta Paka (arah utara).

Kadar pengecasan adalah berdasarkan harga seminit dan bukannya setiap kWj yang digunakan. Kadar harga bagi mengecas bermula dari RM2.05/minit untuk pengecas 80 kW, RM2.20/minit untuk pengecas 90 kW dan RM 2.35/minit untuk pengecas 100 kW.

Untuk menggunakan pengecas, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Go To-U yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.

Dalam perkembangan berkaitan, TNB Electron bakal diperluaskan di beberapa tempat baharu seperti R&R Machap (arah selatan), Paka (arah selatan), Gurun (arah utara dan selatan), Rawang (arah utara) dan Gunung Semanggol (arah selatan).

Menerusi pengecasan berasaskan masa mengikut minit, adalah dinasihatkan untuk mengecas bersesuaian dengan jarak pemanduan. Sebagai contoh, menggunakan pengecas DC 90kW, caj selama 20 minit akan menelan kos sebanyak RM44.

Untuk BYD Atto 3 Extended Range misalnya, ia hanya boleh menerima pengecasan DC sehingga kadar maksimum 80kW dalam 20 minit, penambahan bateri sebanyak 40 peratus atau jarak gerak sekitar 170km. – Careta

Google ads
Back to top button