Motosikal

DUCATI DRAXTER XDIAVEL

Model konsep Ducati DraXter XDiavel didedahkan pada Motor Bike Verona 2016 hujung bulan lalu.

ducati-draxter-xdiavel-mekanika (4)

Penampilan yang cukup garang itu dibangunkan oleh pasukan Advanced Design dari Ducati Style Centre. Lokasi di mana konsep dan penggayaan jentera Ducati dilahirkan.

Ducati DraXter ialah model konsep yang menterjemahkan imej sport dunia Xdiavel. Kehadirannya menjadikannya jentera dragster yang ekstrem.

ducati-draxter-xdiavel-mekanika (3)

Ini dapat dilihat menerusi komponen perlumbaan yang di bawa ke tahap lebih tinggi.

Sebagai contoh, bahagian suspensi dan brek diambil daripada superbike Panigale. Nisbah bentuk dan garisan yang ditampilkan pada XDiavel juga dilihat lebih ganas.

ducati-draxter-xdiavel-mekanika (1)

Ini membuatkan DraXter jentera sport unik yang bakal menambat perhatian peminat roda dua.

Nombor 90 yang diletakkan di sisi Ducati DraXter mengingatkan kepada dunia perlumbaan. Pada masa yang sama sebagai satu penghormatan untuk ulang tahun ke-90 Ducati yang akan disambut pada tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button