HYUNDAI DEDAHKAN BAGAIMANA IONIQ 6 DIREKA DENGAN PEKALI GESERAN YANG RENDAH
Kereta elektrik Hyundai Ionq 6 merupakan kereta elektrik yang paling aerodinamik yang pernah dicipta oleh pengeluar daripada Korea dengan mencatatkan pekali geseran aerodinamik serendah 0.21 sahaja. Ini membolehkan Ioniq 6 memberikan kecekapan yang tinggi dalam ujian WLTP iaitu 614km bagi sekali caj
Bukan sahaja memberikan jarak pemanduan yang lebih baik, aerodinamik yang bagus juga memberikan prestasi yang baik, kestabilan pemanduan dan mengurangkan bunyi angin. Ioniq 6 mencapai semua dengan menggunakan semula rekaan daripada tahun 1930an yang dihasilkan di terowong angin.
Bermula dengan rekaan luaran, Ketua Jururekabentuk Hyundai Simon Loasby mengeaskan yang model terkenal seperti 1947 Stout Scarab, Phantom Corsair dan Saab Ursaab memberikan pengaruh pada rekaan Ioniq 6
Malah Simon juga memberitahu kapal terbang terkenal era perang dunia ke 2 iaitu Supermarine Spitfire juga memberikan lham kepada rekaan spoiler belakang Ioniq 6 untuk mengurangkan aliran udara datang dari arah bumbung dan meminimakan vortex pada hujung spoiler.
Secara keseluruhan, bentuk asas kereta ini menyerupai bentuk profail sayap kapal terbang dengan perbezaan tekanan di bahagian atas dan bawah akan memastikan Ioniq 6 melekat atas permukaan jalan pada halaju tinggi.
Ioniq 6 diuji secara ekstensif dalam terowong udara dengan bahagian depan kereta perlu berhadapan dengan angin selaju 200km/jam yang dihasilkan oleh kipas dengan kuasa 3400 kuasa kuda dalam usaha mencari kecekapan tenaga pada halaju tinggi.
Malah perisian komputer turut digunakan untuk menganalisa pergerakan udara dengan menggunakan supercomputer. Ini membolehkan jurutera memilih sehingga 70 pilihan rekaan spoiler, memilih waktu pembukaan air flap, wheel air curtain, mengurangkan jarak perumah tayar dan menggunakan wheel deflector