Buletin

KEMUSYKILAN TENTANG KERETA ELEKTRIK DAN DIJAWAB OLEH HYUNDAI

Bermula Januari tahun depan, kerajaan merancang untuk mengurangkan subsidi petrol RON95 secara berperingkat. Rancangan jangka panjang ialah untuk menggunakan harga pasaran dunia. 

Sebagai pengguna, kita harus memikirkan rancangan yang selari dengan perubahan ini. Pilihan yang ada ialah menggunakan kenderaan cekap bahan api atau beralih kepada teknologi hibrid atau elektrik.

Bagaimanapun timbul pula persoalan dan kemusykilan tentang teknologi tersebut. Adakah ia menjimatkan? Mesra alam dan pelbagai lagi kekhuatiran.

Isu tersebut tidak menghalang pengeluar dari terus membangun dan menawarkan kenderaan hibrid dan elektrik. Di negara kita contohnya Hyundai menawarkan IONIQ Hybrid dan pelbagai model di peringkat global seperti KONA Electric dan NEXO hydrogen fuel cell.

Dalam pada itu Hyundai sedar mengenai kemusykilan tentang kereta elektrik dan ia perlu diperjelaskan dalam meyakinkan pengguna.

Berikut ialah senarai persoalan tentang keeta elektrik dan jawapan dari Hyundai.

1. Risau tidak boleh dipandu jauh?

Kenderaan elektrik (EV) di pasaran hari ini boleh dipandu di antara 160 km hingga 321 km dengan cas penuh. Ada model yang boleh dipandu sehingga 482 km. Hyundai KONA Elektrik pula berupaya dipandu sehingga 447 km.

Jarak itu lebih daripada memadai untuk kegunaan harian seperti berulang alik ke tempat kerja.

2. Nak cas di mana?

Diakui negara kita masih baharu dalam bidang EV. Di United Kingdom, penerimaan EV semakin banyak dan terdapat lebih daripada 14,500 poin pengecasan awam di lebih 9,000 lokasi.

Kemudahan pengecasan semakin bertambah dan diharapkan dapat direalisasikan di negara kita.

3. EV mahal sangat?

Pasaran EV semakin hari semakin terbuka dan kenderaan elektrik sebenarnya mempunyai perkakasan bergerak yang kurang berbanding kenderaan konvensional.

Ini bermakna kurang komponen yang perlu diganti atau rosak. Jika diteliti, EV sebenarnya lebih murah untuk digunakan berbanding kenderaan yang menggunakan bahan bakar.

4. EV tidak berkuasa?

Satu kelebihan EV ialah daya kilas yang boleh didapati serta merta. EV boleh memecut sepantas kenderaan konvensional malah ada yang lebih pantas.

Hyundai KONA Electric mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.9 saat.

5. EV tidak boleh dibasuh atau dipandu semasa ribut petir?

Benar, elektrik tidak boleh bercampur dengan air. Bagaimanapun, denan EV ianya telah dibangunkan supaya selamat untuk kereta dihantar ke pusat cucian dan tiada risiko berlebihan apabila dipandu di semasa ribut petir.

6. Tidak banyak pilihan di pasaran?

Di pasaran tempatan EV masih kurang ditawarkan tetapi tidak di beberapa buah negara maju. Hyundai sendiri mempunyai pelbagai model dari elektrik hingga hydrogen fuel cell.

7. Risau jika bateri EV hanya akan menambah krisis pembuangan tapak pembuangan sampah?

Satu kebaikan EV berbanding bahan bakar fosil ialah bateri yang digunakan boleh dikitar semula. Selain itu, sel kuasa EV juga boleh digunakan untuk menyimpan tenaga solar dan angin.

8. Ragu-ragu tentang keselamatan EV?

EV menjalani ujian ketat dan memenuhi standard keselamatan yang sama diperlukan untuk kenderaan konvensional.

9. EV tidak sehebat kereta biasa?

Anda tidak akan dikecewakan. Sebaik sahaja pedal ditekan, kuasa dari pegun sehingga pecutan akan dirasakan dengan serta-merta. EV digerakkan oleh motor elektrik dengan kuasa spontan.

Google ads
"
"
Back to top button