Buletin

BMW R 18. ENJIN 1,802cc, MAHU SAINGI HARLEY-DAVIDSON DAN INDIAN MOTORCYCLES

BMW Motorrad kali ini tampil dengan model terbarunya bagi segmen cruiser. Jenama dari German itu mendakwa ia merupakan jentera paling berprestasi dalam segmennya. Dikenali sebagai R 18, ia bakal dilancarkan pada 3 April 2020.

Lebih menarik, R 18 bakal dipadankan bersama enjin terbaru BMW yang dikenali dengan nama Big Boxer. R 18 sebelum ini telah pun muncul pada Mei 2019 sebagai model konsep.

Enjinnya telah melalui 2 kali proses talaan sebelum BMW Motorrad akhirnya berjaya menghasilkan Big Boxer pada penghujung 2019.

Enjin 2 selinder ini berkapasiti 1,802cc  membuatkannya antara enjin paling besar bagi sebuah motosikal. Menurut butiran spesifikasi yang dikeluarkan oleh BMW, enjin tersebut membekalkan 91hp dan tork 158Nm.

Ini sekali gus menjadikannya motosikal paling berkuasa pernah dihasilkan oleh BMW.

Jentera itu juga dilengkapi sistem klac kering tunggal yang dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.

Walaupun kuasa telah diumumkan, spesifikasi penuh R 18 masih belum didedahkan.

BMW Motorrad mencapai rekod jualan yang cemerlang dalam tempoh 9 sehingga 2019. Dengan kemunculan R 18 dan jentera lain bagi segmen cruiser, ia dilihat bakal memberi perkembangan positif.

Apabila dipasarkan nanti, R 18 akan bersaing secara langsung dengan Harley-Davidson dan Indian Motorcycles.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button