,
Buletin

HYUNDAI VENUE, SUV ARAS MULA PADA HARGA TERBAIK

Hyundai sebenarnya mempunyai pelbagai model menarik mengikut citarasa pengguna. Di Amerika Syarikat, pengguna ditawarkan dengan pelbagai pilihan dari SUV, hibrid, sedan dan model sport Hyundai Veloster N.

Bayangkan untuk SUV sahaja, ada enam buah model untuk dipilih dengan yang terbaru dikenali sebagai Hyundai Venue.

Venue berada dalam kategori aras mula (entry level) dan saiznya tidak besar dengan lebar 1.77 meter, panjang 4 meter dan tinggi 1.5 meter.

Jika dibuat perbandingan, Venue lebih kecil daripada Honda HR-V kecuali lebar yang berkongsi ukuran.

Dari segi harga, Venue berada dalam kelompok termurah dengan harga permulaan USD$17,250 (RM71,992) sahaja. Di AS harga itu masih lagi berada dalam kategori mampu milik.

Walaupun kecil dan mampu milik, Venue dikuasakan enjin Smartstream 1.6L DPI (Dual-Port Injection) empat silinder.

Enjin itu mempunyai kuasa 121 hp pada 6,300 rpm dan tork 154 Nm pada 4,500 rpm.

Di India, Venue lebih meriah dengan pilihan enjin 1.2L, 1.4L turbo dan 1.0L turbo tiga silinder. Selain India, Venue juga dipasarkan di Australia.

Venue pasaran AS ditawarkan dengan pilihan transmisi enam kelajuan manual dan automatik IVT (Intelligent Variable Transmission).

Dari segi teknologi keselamatan, Venue dilengkapi dengan Hyundai Smartsense yang mengandungi Bantuan Mengelak Pelanggaran Berdepan dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Pengekalan Laluan dan Amaran Perhatian Pemandu.

Turut dilengkapi ialah Kawalan Penstabilan, Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM) dengan Kawalan Cengkaman serta beg udara depan, sisi dan bahagian head curtain.

Varian lebih premium ditawarkan dengan Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW) dan Amaran Pelanggaran Pengunduran (RCCW).

Ada tujuh pilihan warna iaitu Black Noir Pear, Ceramic White, Scarlet Red Pearl, Intense Blue, Stellar Silver, Galactic Gray dan Green Apple.

Memandangkan Hyundai Venue dipasarkan di dua negara berhampiran iaitu India dan Australia adakah ia bakal ditawarkan di negara kita?

Bentuk yang rugged mempunyai daya tarikan tersendiri dan inilah apa yang pasaran tempatan mahukan. Sebuah Hyundai pada harga tidak melebihi RM100,000.

BACA: HYUNDAI DINOBATKAN JUARA WRC 2019 – MENANG AKHIRNYA!

BACA: HYUNDAI VELOSTER N MENANG KERETA BERPRESTASI ROAD & TRACK, KALAHKAN SUPRA DLL!

BACA: PANDU UJI HYUNDAI SANTA FE 2019

Tags
Google ads
Back to top button