Buletin

HYUNDAI IONIQ 5 N NPX1 CONCEPT DIPERKENALKAN. BARULAH GARANG DAN LAJU

Tampaknya, divisyen kelajuan dan berprestasi tinggi setiap pengeluar sudah mula memasang lencana masing – masing pada model EV keluaran mereka. Terbaharu, pengeluar dari Korea Selatan, Hyundai turut memperkenalkan model Hyundai Ioniq 5 N NPX1 Concept pada Tokyo Auto Salon 2024 yang turut dilengkapi dengan prototaip N Performance Part.

Hyundai Motor merancang untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) berprestasi tinggi dengan N Performance Parts, yang pada asalnya telah pun bermula semenjak tahun 2019 dan terus membangunkan peralaan talaan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Bermula dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), seperti Elantra N, i30 N dan i20 N, Hyundai N merancang untuk menawarkan komponen penalaan khusus untuk model N kepada semua EV mereka termasuklah IONIQ 5 N.

Model konsep ‘NPX1’ ini menerima pelbagai peningkatan khusus N yang boleh dibeli kemudian daripada katalog N Performance Part dalam masa terdekat. Ianya menampilkan seperti splitter hadapan karbon bagi menampilkan rupa yang lebih rendah dari pandangan sudut hadapan.

Pemasangan side skirt pada bahagian tepi semestinya ada bagi membolehkan ianya tidak kelihatan lebih sporty seiring dengan pandangan dari hadapan. Rekaan diffuser belakang mungkin kelihatan agak ekstrem, lagak seumpama kereta lumba. Namun ianya memastikan laluan angin bahagian bawah EV ini dapat dioptimumkan. Begitu juga dengan rekaan spoiler sayap belakang yang kelihatan cukup garang. Memang elok terus masuk dalam trek berlumba aja ni.

Lain – lain peralatan daripada N Performance Part termasuklah pada penggunaan roda karbon hibrid jenis ringan, pad brek berprestasi tinggi dan tidak juga spring sport bagi memastikan Hyundai Ioniq N NPX1 kekal rendah menyembah bumi.

Manakala bahagian dalaman model konsep ini turut dipertingkatkan lagi dengan material Alcantara serta menampilkan tempat duduk jenis bucket untuk lebih sporty.

Dari segi prestasi, tidak usah lagi dipertikaikan kerana secara asasnya Hyundai Ioniq 5 N ini sememangnya sudah cukup laju dan berkuasa serta mempunuyai prestasi yang cukup baik. Motor elektrik IONIQ 5 N ini berputar sehingga 21,000 RPM, memberikan kuasa sehingga 609 PS dalam keadaan biasa, atau 650 PS apabila ciri N Grin Boost (NGB) diaktifkan. Ianya mampu memecut secara maksimum hanya dalam tepoh 3.4 saat sahaja untuk kelajuan 100 km/j. Dan untuk kelajuan maksimum ia mampu mencapai sehingga 259 km/j.

Untuk kesedapan dan keseronokan pemanduan, Hyundai Ioniq 5 N ini turut dilengkapi dengan ciri moden N e-shift bagi membolehkan ianya menyerupai transimisi dwi-klc lapan kelajuan sama seperti yang ada pada kereta yang menggunakan enjin.

Begitu juga dengan N Active Sound+ yang akan menghasilkan bunyi yang menarik bagi menyerlahkan kuasa EV ini. Baru syahdu ada bunyi. Tidaklah senyap aja serupa ETS. Laju dan senyap. Tahu tahu aja sampai.

BACA : HYUNDAI IONIQ 5 N GIAT DIUJI, LENGKAP DENGAN SISTEM PENUKAR GEAR DAN BUNYI PALSU

BACA : HYUNDAI IONIQ 5 N MENANG ANUGERAH CAR OF THE YEAR TOPGEAR 2023!

Google ads

B K

Back to top button