Buletin

HYUNDAI KOMITED MAHU POPULARKAN SEL BAHAN API HIDROGEN

Sama ada kita mahu atau tidak, industri automotif kini sedang melalui fasa perubahan yang cukup besar di mana era enjin pembakaran dalaman bakl berkubur tidak lama lagi. 

Banyak pengeluar kenderaan menyatakan komitmen untuk hanya menawarkan kenderaan elektrik. Namun, satu lagi sumber tenaga yang mendapat perhatian ialah sel bahan api. 

Buktinya, Hyundai baru-baru ini menganjurkan acara Hydrogen Wave yang bermatlamat untuk mempopularkan teknologi mesra alam itu dan memperkenalkan rangkaian produk-produk baharu berkuasa hidrogen. 

Produk yang disenaraikan memang banyak, tetapi Hyundai Motor Group percaya ia mampu menawarkan kenderaan berkuasa sel bahan api pada harga yang sama dengan EV menjelang tahun 2030. 

Justeru, Hyundai merancang untuk memperkenalkan sistem sel bahan api generasi seterusnya pada tahun 2023. Ia berjanji ia akan 50 peratus lebih mampu milik berbanding sistem sedia ada, selain lebih tahan lasak serta berkuasa tinggi. Sel bahan api generasi ketiga itu masih dalam proses pembangunan, tetapi Hyundai sempat menunjukkan perbezaannya. 

Versi 100kW adalah 30 lebih kecil dan boleh digunakan pada aplikasi lebih luas. Hyundai juga mendedahkan versi 200kW yang direka untuk kegunaan kenderaan komersial. Saiznya sama besar dengan sistem pada model Nezo sekadang, tetapi mempunyai output sekali ganda. 

Sel bahan api boleh digunakan pada sektor lain, misalnya sebagai bekalan tenaga kecemasan untuk kapal dan syarikat IT. Ia boleh direalisasikan aoabila unit-unit berkuasa 100kW digabungkan seperti bongkah LEGO dan mampu menawarkan kuasa dari 500kW hingga 1MW.

Syarikat itu juga mendedahkan Full-Flat System yang mengurangkan ketinggian kepada 9.8 inci. Ini membolehkan sel bahan api digunakan pada semua jenis kenderaan termasuklah bas, tram dan MPV. Hyundai dijangka menjadi pengeluar pertama yang menggunakan sel bahan api pada kenderaan komersial pada tahun 2028. 

Sekarang pun, XCIENT Fuel Cell merupakan trak tugas berat yang dihasilkan secara besar-besaran. Bukan itu sahaja, traktor baharu akan dilancarkan pada tahun 2024. 

Model yang paling menarik perhatian pastinya Vision FK. Dibina berasaskan kepada Kia Stinger, prototaip berkenaan memiliki ‘penukar tenaga sel bahan api’ dan rangkaian kuasa plug-in hybrid dengan pacuan roda belakang. Sistem berkenaan mampu menawarkan kuasa mencecah 671hp, pecutan 0-100km/j dalam asa kurang empat ssat dengan jarak lebih 600km. 

Hyundai memberitahu R&D Vision FK mendapat bantuan daripada Rimac dan padat dengan pelbagai teknologi terkini. 

“Visi Hyundai Motor Group adalah untuk menggunakan tenaga hidrogen dalam semaua aspek kehidupan dan industri, termasuklah kediaman, tempat kerja serta kilang. Matlamatnya adalaj menjadikan hidrogen boleh digunakan oleh semua, di mana-mana sahaja,” kata Pengerusi Hyundai, Euisun Chung. 

Chung juga menyatakan bahawa Hyundai mahu menawarkan penyelesaian praktikal dan membantu membentuk masyarakat hidrogen menjelang tahun 2040. 

Google ads
Back to top button