Buletin

TOYOTA BAKAL LABUR 58.2 BILION UNTUK BANGUNKAN TEKNOLOGI BATERI

Toyota mengumumkan bahawa ia akan melabur sebanyak AS$14 bilion (RM58.2 bilion) untuk membangunkan teknologi bateri sebelum dekad ini berakhir. 

Langkah itu jelas menunjukkan kesungguhan Toyota untuk membangunkan pek kuasa lithium-ion dan bateri solid state. Toyota juga menjangka dapat mengurangkan kos pengeluaran bateri kepada separuh dalam tempoh beberapa tahun lagi. Pada masa itu, Toyota didakwa mempunyai bateri solid state di atas jalan raya dan sudah memandu uji sebuah prototaip sejak tahun lalu.   

Ketua Pegawai Teknologi Toyota, Masahiko Maeda memberithahu pihaknya bukan sahaja sedang menimbang untuk menggunakan bateri solid state pada kereta elektrik sahaja, malah kereta hibrid. Namun, ia bergantung kepada sama ada pasukan jurutera mampu menghasilkan bateri yang seimbang dari segi kuasa dan kestabilan. 

Toyota juga merancang untuk mengkomersialkan bateri lithium-ion generasi seterusnya yang akan membantu mengurangkan kos serta meningkatkan prestasi EV keluarannya. 

Pada masa sama, Toyota mahu memanfaatkan bateri nikel metal hidrat lama melalui struktur sel bipolar yang baru dibangunkan. Struktur itu membolehkan bateri menggandakan kepadatan kuasa dan bakal digunakan pada model hibrid Prius C. 

Secara keseluruhannya, Toyota berharap dapat membekalkan sebanyak 200 gigawat jam bateri menjelang tahun 2030, naik berbanding sasaran awal 180 gigawat jam. Perkembangan itu membolehkan Toyota menjual kereta elektrifikasi sehingga tahun 2030, ini termasuklah dua juta unit EV dan kenderaan sel bahan api hidrogen. 

“Kami fokus kepada aspek keselamatan, tempoh perkhidmatan yang panjang dan kualiti tinggi dalam usaha menghasilkan bateri yang bagus, kos rendah serta berprestasi tinggi. Senang cakap, Toyota mahu membangunkan bateri yang boleh digunakan oleh pelanggan dengan senang hati,” kata Maeda.  

Google ads
Back to top button