Buletin

INGKAR TINGGAL DI RUMAH, PM INDIA UMUM PERINTAH BERKURUNG SEPENUHNYA 3 MINGGU

Perdana Menteri India Narendra Modi sebentar tadi mengambil langkah paling drastik dalam membendung penularan wabak Covid19 di India dengan mengumumkan Perintah berkurung sepenuhnya terhadap poluasi 1.3 bilion rakyatnya.

Ia berikutan kegagalan India “memujuk” rakyatnya untuk tinggal di rumah secara sukarela. Perintah berkurung ini sekaligus menjadikan perintah berkuruh terbesar di dunia di sebuah negara dengan populasi satu perlima penduduk bumi.

Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung sepenuhnya untuk tempoh tiga minggu bermula tengah malam ini sebagai langkah tegas untuk memberhentikan penularan wabak. Setakat semalam, India mencatatkan lebih 500 kes positif dan 10 kematian.

“Tempoh 21 hari akan datang ini adalah sangat penting untuk kami. Ia adalah tempoh kritikal untuk menghentikan jaringan jangkitan virus ini. Jika kita tidak berjaya mengawal pandemik dalam tempoh 21 hari ini, negara ini dan keluarga anda akan merana untuk 21 tahun akan datang,” ujar Modi dalam siaran langsung televisyen India.

Selasa lalu, polis sudah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan pada bandar utama namun pihak kesihatan memberi amaran penyebaran virus kini menular ke bahagian bandar-bandar kecil.

Pakar kesihatan juga memberi amaran jika tidak dikawal, India mungkin akan menghadapi lebih sejuta jangkitan menjelang bulan Mei nanti.

dalam langkah lebih awal, India telah membatalkan beberapa penerbangan antarabangsa dan menghentikan laluan domestik bermula tengah malam ini.

Google ads
Back to top button