Buletin

HYUNDAI MOTOR BERJAYA MENGHASILKAN MODEL KE 100 JUTA

Pengeluar kenderaan terkemuka dari Korea Selatan, Hyundai Motor meraikan kejayaan yang cukup penting dalam sejarah penubuhan mereka apabila unit kenderaan ke 100 juta telah berjaya dihasilkan.

Pencapaian gemilang ini dicapai hanya dalam tempoh 57 tahun sepanjang penubuhan Hyundai Motor, menjadikannya antara yang terpantas dalam industri automotif global. Sebagai meraikan kejayaan ini, Hyundai Motor telah mengadakan suatu majlis di kilang pembuatan mereka di Ulsan Korea Selatan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima terhadap sokongan yang diberikan oleh orang ramai terhadap jenama Hyundai ini, mereka telah berbesar hati untuk mengadakan majlis serahan untuk model ke 100 juta yang dikeluarkan terus kepada pelanggan dengan model IONIQ5 menjadi model ingatan dan kebanggaan buat mereka.

Model IONIQ5 tersebut melepasi garisan pemeriksaan terakhir di kilang pembuatan Ulsan semasa upacara penyerahan dilakukan. Malah Hyundai Motor juga mempamerkan simbol 100000001 melambangkan komitmen Hyundai Motor untuk meneruskan selangkah lagi dengan pencapaian masa lalunya djadikan sebagai asas.

Kilang Ulsan, yang mula beroperasi pada tahun 1968, menjadi salah satu sejarah penting sebagai ‘tempat lahirnya pembangunan industri automobil Korea.’ Terutamanya, kilang tersebut mengeluarkan model produksi massa pertama di Korea melalui model Pony, pada tahun 1975. Kini kilang pembuatan di Ulsan Plant juga dikenali sebagai hab pusat untuk elektrifikasi, dan syarikat itu sedang mewujudkan kemudahan kenderaan elektrik (EV) khusus di kawasan kilang tersebut.

Pencapaian bersejarah ini hasil daripada pertumbuhan berterusan Hyundai Motor, didorong oleh pelancaran jenama premium Genesis, jenama berprestasi tinggi N, dan juga pengenalan EV seperti IONIQ 5 yang dibna berdasarkan electric global modular platform (E-GMP).

Perkembangan global Hyundai Motor diteruskan melalui kemudahan pemasangan kenderaan luar seperti di Turki, India, Amerika Syarikat dan juga Republik Czech, yang telah menyumbang sejumlah unit pengeluaran kenderaan yang bukan kepalang banyaknya.

Tahun lepas, Hyundai Motor terus membina momentum ini dengan menubuhkan Hyundai Motor Group Global Innovation Center Singapore (HMGICS), satu konsep baharu hab mobiliti bandar pintar.

Platform pembuatan inovatif dan teknologi termaju yang dibangunkan di sana, termasuk kecerdasan buatan (AI), robot dan kilang pintar, bersedia untuk diperkenalkan kepada kilang pengeluaran masa depan, sama seperti Hyundai Motor Group Metaplant America (HMGMA), untuk memaksimumkan kecekapan pengeluaran bagi memastikan Hyundai Motor terus berkembang dan terus cemerlang di masa hadapan.

BACA : HYUNDAI MOTOR COMPANY DAN PT ADARO MINERALS INDONESIA TANDATANGANI MOU BEKALAN ALUMINIUM

BACA : HYUNDAI MOTOR GROUP KINI PENGELUAR KERETA KETIGA TERBESAR DI DUNIA

Google ads

B K

"
"
Back to top button