HYUNDAI MOTOR COMPANY DAN PT ADARO MINERALS INDONESIA TANDATANGANI MOU BEKALAN ALUMINIUM
Hyundai Motor Company dan PT Adaro Minerals Indonesia, Tbk. (AMI) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Sidang Kemuncak B20 di Pusat Konvensyen Bali Nusa Dua di Indonesia, untuk mendapatkan bekalan aluminium yang stabil bagi pembuatan kereta.
Kerjasama itu bertujuan mewujudkan sistem koperasi yang komprehensif berhubung pengeluaran dan pembekalan aluminium oleh AMI melalui anak syarikatnya PT Kalimantan Aluminium Industry (KAI).
Perkara utama dalam MoU termasuklah pengeluaran dan pembekalan aluminium keluaran KAI, hak Hyundai Motor untuk membeli aluminium rendah karbon keluaran KAI pada peringkat awal di masa hadapan (dengan volum ambilan dalam julat 50,000-100,000 TPA).
Sidang Kemuncak B20 tahun ini bertemakan ‘Memajukan Pertumbuhan Inovatif, Inklusif dan Kolaboratif’ bagi menyokong tema G20 ‘Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat’.
Kerjasama antara Syarikat Hyundai Motor dan PT Adaro Minerals Indonesia, Tbk. menandakan komitmen syarikat untuk mempercepatkan peralihan kepada tenaga mampan, terutamanya peneutralan karbon.
Aluminium di Indonesia kaya dengan sumber alam dan tenaga dianggap mempunyai daya saing pada masa hadapan. Ia juga diklasifikasikan sebagai aluminium karbon rendah menggunakan penjanaan kuasa hidroelektrik, sekali gus sesuaian dengan dasar peneutralan karbon Hyundai Motor Company.
Penawaran dan permintaan menjadi tidak stabil disebabkan oleh perubahan situasi yang tidak dapat diramal. Hal itu membawa kepada peningkatan harga tenaga untuk pengeluaran aluminium.
Berdasarkan kerjasama dalam pengeluaran kereta, sel bateri dan aluminium di Indonesia, Hyundai Motor optimitis mampu memimpin pasaran kereta mesra alam di Indonesia pada masa hadapan.
- BACA: HONDA WR-V DILANCARKAN KE PASARAN INDONESIA – MASUK MALAYSIA TAK NI?
- BACA: AKSI BOMOH JAMPI SKUTER SUPAYA TIDAK BOLEH DICURI TULAR DI INDONESIA
- BACA: INDONESIA SASAR 2 JUTA MOTOSIKAL ELEKTRIK MENJELANG 2025. MAHU BINA STESEN SWAP BATERI
- BACA: INDONESIA RANCANG MULAKAN SUBSIDI PEMBELIAN EV. SASAR 2.5 JUTA PENGGUNA EV MENJELANG 2025