" "
Artikel Pilihan

PORSCHE CARRERA GT BAKAL TERIMA TAYAR BAHARU DAN PAKEJ NAIKTARAF SUSPENSI BERNILAI USD109,000 – MENANG BESAR PEMILIK KALI NI

18 bulan dahulu, Porsche mengeluarkan arahan kepada pemilik Carrera GT di AS supaya tidak memandu kenderaan mereka selepas menerima laporan terdapat isu pada sistem suspense. Kini mereka telah menemui jalan penyelesaiannya dan kesemua Carrera GT boleh kembali ke jalan raya selepas dibaik pulih.

Kerosakan dikatakan berpunca pada bahagian sambungan komponen suspense. Berdasarkan notis awal Posche, material yang digunakan untuk menghasilkan komponen tidak mampu bertahan dari kakisan karat lebih-lebih lagi jika terdedah kepada angin pantai.

Komponen bermasalah tersebut akan digantikan dengan unit bahru yang diperbuat daripada titanium bernilai hampir USD 109,000 untuk setiap unit kereta.

Menariknya bukan hanya komponen tersebut akan digantikan tapi setiap buah Carrera GT turut akan diberikan satu set tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 yang bangunkan khas untuk beliau. Ia bukan tayar biasa tapi ianya direka khas untuk kegunaan kereta ini.

Kenapa bagi tayar percuma? Kerana Porsche Carrera GT sudah berusia 20 tahun dan jarang dipandu pemiliknya. Malah ada yang masih menggunakan tayar standard kilang.

Rasanya ramai yang dah tahu kereta ini agak sukar untuk dipandu dan diharapkan tayar baharu akan memudahkan kereta ini dikawal. Pemilik juga bakal dihadiahkan baucar kredit servis bernilai USD3,500 unit.

Google ads
Back to top button