Buletin

HYUNDAI MOTOR GROUP KINI PENGELUAR KERETA KETIGA TERBESAR DI DUNIA

Jumlah jualan global Hyundai Motor Group dari Januari hingga Jun tahun ini berjumlah 3.3 juta kenderaan. Ini membolehkan pengeluar kenderaan dari Korea Selatan itu menduduki tempat ketiga di belakang Volkswagen Group yang menjual 4 juta kenderaan dan Toyota di posisi pertama dengan 5.1 juta.

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi berada di belakang Hyundai dengan 3.14 juta unit dan Stellantis mencatat jualan 3.01 juta.

Hyundai Motor Group menduduki tempat kelima pada separuh pertama tahun lalu.

Pakar berkata kemerosotan pengeluaran pengeluar kereta global disebabkan kekurangan semikonduktor menyumbang kepada peningkatan jualan Hyundai Motor Group dalam pasaran global.

Hyundai Motor dan Kia Corp. menyaksikan penurunan sebanyak 5.1 peratus dalam jualan pada separuh pertama tahun ini berbanding setahun lalu, tetapi jurang itu lebih kecil berbanding syarikat automotif lain.

Jualan Toyota menurun sebanyak 6 peratus, Volkswagen 14 peratus, Stellantis 16 peratus, Renault-Nissan-Mitsubishi 17.3 peratus dan GM 18.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan dalam jualan jenama mewah Hyundai Motor, Genesis dan strategi memasuki pasaran kereta mesra alam pada peringkat awal turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan global Hyundai.

Jualan kenderaan Genesis berjumlah 25,668 unit di Amerika Syarikat, pasaran kereta kedua terbesar di dunia pada separuh pertama 2022. Seterusnya mencipta rekod baharu untuk jualan tertinggi pada separuh pertama tahun itu.

Menurut Bloomberg, Hyundai Motor Group menjual 27,000 EV di pasaran AS antara Januari dan Mei tahun ini, menduduki tempat kedua selepas Tesla berada di belakang populariti Ioniq 5 dan EV6.

“Nampaknya, potensi unik Hyundai Motor Group untuk menggunakan krisis yang belum pernah berlaku dalam industri automobil sebagai sebuah peluang, seperti kekurangan bekalan semikonduktor dan peralihan kepada elektrifikasi nampaknya begitu baik,” kata seorang pegawai industri automobil.

Google ads
Back to top button