Buletin

MG MAXUS 9 EV MENDARAT DI THAILAND – DUA VARIAN, 245HP, JARAK GERAK 540KM, HARGA BERMULA RM331K

MG baru-baru ini memperkenalkan secara rasmi Maxus 9 EV di Thailand selepas mempamerkan model tersebut di Auto Expo 2023 di India atas nama Mifa 9. Di Thailand, Maxus 9 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan V.  

MG Maxus 9 EV mempunyai dimensi 5,270mm (panjang), 2,000mm (lebar), 1,840mm (tinggi) dengan jarak roda 3,200mm.

Sebagai perbandingan, model ini lebih besar berbanding Toyota Alphard – 4,945mm (panjang), 1,850mm (lebar) dan jarak roda pada 3,000mm.

Melihat lebih jelas, varian X diserlahkan melalui rim aloi 19-inci, lampu utama LED, DRL LED, sunroof di hadapan, sistem audio dengan 8 pembesar suara serta tujuh port USB.

Manakala versi V pula menerima tayar run-flat, upholsteri jenis kulit, sistem audio dengan 12 pembesar suara dan dibekalkan sembilan port USB.

Perincian lain termasuklah lampu ambien 64 warna, kerusi kapten baris kedua dengan fungsi urutan dan pemanasan, instrumen digital 7-inci, skrin infotainmen 12.3-inci serta integrasi Apple Carplay atau Android Auto.

Perincian standard bagi kedua-dua varian ialah:

  • ABS
  • EDB
  • Brake assist
  • Hill start assist
  • Autonomous emergency braking
  • Adaptive cruise control

Dari segi kuasa, MG Maxus 9 dipacu oleh motor elektrik yang mampu menghasilkan 245hp, tork 350Nm dan dilengkapi bateri litium-ion berkapasiti 90kWj, menawarkan jarak gerak sehingga 540km.

Untuk bateri, ia boleh dicas sepenuhnya dalam tempoh 8.5 jam melalui pengecasan AC 11kW atau mengecas dari 30-80 peratus dengan hanya mengambil masa sekitar 36 minit menerusi pengecasan pantas DC 120kW.

MG Maxus 9 EV boleh dimiliki pada harga 2,499,000 baht (RM331,951) untuk X manakala varian V diberi tanda harga 2,699,000 baht (RM358,518) dengan pilihan warna Pearl White dan Black Knight bagi kedua-dua varian.

GALERI:

Google ads
Back to top button