Buletin

INFINITI QX SPORT

Pada acara Beijing Motor Show 2016, kehadiran Infiniti QX Sport dilihat bakal menggoda peminat segmen SUV saiz sederhana.

infiniti-qx-sport-concept-mekanika (1)

Infiniti QX Sport adalah hasil sentuhan Infiniti Design Studio di Beijing. Kehadiran model QX Sport mewakili falsafah rekaan dan kemampuannya dalam kelas SUV pertengahan. Penampilan yang diketengahkan lebih agresif dengan garis bumbung yang rendah.

Bahagian kabin, Infiniti lebih menumpukan kepada rekaan yang fokus kepada pemandu. Aplikasi tempat duduk terapung membolehkan lebih banyak ruang pada bahagian kaki. Penggunaan warna hitam dan putih mewakili karekternya yang elegan.

infiniti-qx-sport-concept-mekanika (3)

Model SUV itu dikatakan memiliki dimensi kelegaan tanah 230mm, 4, 690mm (panjang) dan lebar 1, 960mm. Begitu hampir dengan saiz X3.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button