Buletin

TAHUKAH ANDA INFINITI LEBIH BAGUS DARIPADA LEXUS? – KAJIAN CSI J.D. POWER 2018 AS

Biasanya jika keluar artikel tentang kajian J.D Power, jenama Lexus akan berada di ranking teratas. Lexus memang kerap mendapat skor tertinggi, senang kata, lepas Lexus, Lexus lagi dan lagi.

Tetapi lain pula dapatan kali ini. Untuk Kajian Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) J.D Power 2018 Amerika Syarikat, kedudukan Lexus telah diganti oleh INFINITI.

Suatu yang mengejutkan apabila semasa kajian CSI 2017 INFINITI hanya menduduki tempat ketujuh. Ini adalah satu pencapaian yang mengagumkan dan kali terakhir INFINITI berada di atas sekali ialah pada tahun 2003. 

Comeback yang mengujakan ini selepas INFINITI memperolehi 876 mata dari 1,000 mata dengan 48 mata di atas purata industri dan 14 mata di atas segmen premium.

Tahun lalu Lexus menduduki tempat teratas dengan 874 mata.

J.D. Power mempunyai beberapa lagi kajian dan dapatan CSI ini antara yang utama. Kajian CSI mengukur beberapa aspek berkaitan khidmat pelanggan seperti penasihat servis, khidmat mengambil kereta, kemudahan servis, kualiti servis dan inisiatif atau pemula servis.

INFINITI menerajui kesemua kategori yang digariskan dalam segmen premium dengan perubahan paling besar dalam aspek penasihat servis.

Kejayaan INFINITI ini bukan diperolehi dengan mudah tetapi dibantu oleh beberapa faktor seperti rangkaian pengedar yang kukuh, campuran beberapa polisi dan program komprehensif, standard hospitaliti tinggi dan pelbagai program latihan yang tersedia secara peribadi dan dalam talian.

Kajian CSI 2018 mengukur kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan di pengedar francais atau pusat servis bebas dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di kalangan pemilik dan pemajak bagi kenderaan yang berusia satu hingga tiga tahun.

Sebelum menamatkan kemarau berbelas tahun, INFINITI sebelum ini pernah mendapat ranking tertinggi CSI pada 1990, 1994, 1996 dan 2003.

Jadi di mana Lexus pada tahun ini? Nombor dua pun bukan tetapi nombor tiga dan berkongsi mata dengan jenama lain.

Berikut ialah turutan ranking Kajian CSI J.D. Power 2018:

  1. INFINITI – 876 mata
  2. Porsche – 874 mata
  3. Audi – 871 mata, Cadillac – 871 mata, Lexus – 871 mata
  4. Mercedes-Benz – 868 mata

Walaubagaimanapun, kata orang mengekalkan kejayaan lebih sukar daripada mendapatkan kejayaan. Lexus pasti tidak duduk diam dengan keadaan ini dan ada umur panjang kita lihat apakah keputusan tahun depan pula.

Google ads
"
"
Back to top button