Buletin

JAGUAR XF DEBUT DI MALAYSIA – RM450,000

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) hari ini memperkenalkan Jaguar XF serba baharu ke pasaran tempatan.

Jaguar-XF-launch-2016-mekanika (5)

Pengenalan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha JLRM untuk terus menambah baik tawarannya dalam segmen sedan mewah.

Model ini diposisikan di antara model XE dan XJ. Mempunyai reka bentuk seperti sebuah coupe, tapak roda XF kini lebih panjang dan aerodinamik.

Jaguar-XF-launch-2016-mekanika (6)

XF dibina di atas kerangka aluminium yang 190kg lebih ringan. Ia menawarkan keseimbangan berat 50:50 serta penjimatan bahan api sehingga 28 peratus.

Untuk pasaran tempatan, XF hadir dalam dua varian iaitu Prestige dan XF R-Sport. Jentera ini boleh anda miliki pada harga bermula RM450,000 (Prestige) dan RM460,000 bagi R-Sport. Harga termasuk GST, tanpa insurans, pendaftaran dan cukai jalan.

Jaguar-XF-launch-2016-mekanika (1)

Sedan mewah ini hadir bersama program JaguarCare yang merangkumi jaminan dan servis selama lima tahun. Selain bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

XF dikuasakan oleh unit enjin i4 turbo bersesaran 2.0 liter. Ia berupaya menghasilkan kuasa maksimum 240PS dan tork 340Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Jaguar-XF-launch-2016-mekanika (4)

Varian Prestige dibezakan menerusi rim aloi ringan bersaiz 17 inci, tempat duduk kulit dan banyak lagi. Sementara R-Sport pula tampil dengan rim Helix bersaiz 18 inci, bodykit dan sebagainya.

Antara ciri termaju yang ada pada kedua-dua varian ialah JaguarDrive Control, stereng elektrik (EPAS), Torque Vectoring dan All Surface Progress Control (ASPC).

Jaguar-XF-launch-2016-mekanika (7)

Di bahagian kabin pula, XF tampil mewah dengan kluster instrumen TFT bersaiz 12.3 inci (opsyen) serta sistem hiburan dan ketersambungan InControl Touch.

JLRM mensasarkan untuk menjual 180 unit kenderaan Jaguar pada tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button