Modifikasi

PROTON ISWARA ENJIN MIRAGE

Buat kereta kena ada fokus. Maksudnya, bila mula nak buat kereta, tetapkan duahulu konsep atau pun sasaran berapa HP yang dimahukan.

Proton-Iswara-Mirage-mekanika (12)

Apabiila dibuat dengan perancangan yang betul, banyak masa yang boleh dijimatkan. Masa tak apa lagi. Kalau jenis bajet cukup makan, buat tanpa perancangan yang betul akan banyak buang duit.

Lagi satu, kalau mampu, jangan babitkan kereta modifikasi dengan kereta yang dipandu setiap hari. Setidak-tidaknya perlu ada motor yang boleh ulang-alik pergi kerja.

Proton-Iswara-Mirage-mekanika (5)

Kalau tak berapa cukup bajet, boleh mulakan dengan kereta yang senang buat dan risiko rendah. Proton Iswara contohnya. Kereta ini memang sudah murah di pasaran terpakai.

RM5,000 boleh dapat dengan kondisi terbaik. Selepas beli, rancang betul-betul nak guna enjin apa sebab Iswara agak kuno mounting point dia kalau dibandingkan dengan Wira/Satria.

Proton-Iswara-Mirage-mekanika (13)

Basri memilih enjin 4G61T. Enjin Mirage ini tak banyak diusik. Semuanya menggunakan peralatan bolt on yang terdiri daripada intercooler front mount Greddy, paip tahan karat dan set ekzos muffler APEXi. Kotak gear pula standard Mirage dengan fungsi 4WD dikunci kepada 2WD.

Berbeza dengan casis Wira, badan Saga/Iswara suspensi belakangnya menggunakan teknologi gandar mati. Ia menyebabkannya susah untuk ditala.

Proton-Iswara-Mirage-mekanika (11)

Jadi, beberapa penyesuaian dibuat dengan set suspensi asal yang ditambah gas mengikut kapasiti kekerasan spring sports. Kerja ini memang menjerihkan kerana perlu diuji sehinggalah memperoleh tahap lantunan yang sesuai dengan karekter enjin.

Selepas mendapat talaan yang betul, barulah tingkatkan brek pula. Brek hadapan kereta ini dipasangkan dengan set VR4. Manakala brek belakangnya menggunakan brek kereta Honda yang tidak pasti asal-usulnya. Brek-brek itu kemudian dipadankan dengan pad Bendix Metal King.

Proton-Iswara-Mirage-mekanika (8)

Ada brader yang tanya boleh ke campurkan jenis brek, sebab nanti mungkin susah nak cari pad brek. Jawapannya begini. Kalau dah namanya kereta Jepun, alat gantinya tak akan ada masalah.

Kalau setakat pad brek, anda bawa sahaja ke kedai alat ganti, nanti mesti ada yang ngam. Sebabnya, kadang-kadang syarikat Jepun yang mengeluarkan angkup brek itu sama sahaja, macam Nissin.

Proton-Iswara-Mirage-mekanika (4)

Iswara ini menggunakan rim Volks Racing 16 inci. Rim 2 piece olskool ini dipadankan dengan tayar Bridgestone 205/50r16 di keempat-empat sudut. Rim ni dengan kereta memang kena sangat. Dua-dua nampak olksool.

Bolehlah bernafas sikit kalau banding nak beli rim Black Racing atau Watanabe 3 pieces. Kalau 16 inci punya senak buah pinggang harganya sekarang.

Proton-Iswara-Mirage-mekanika (3)

Bahagian dalaman yang nampak dominan ialah sepasang kerusi Recaro Evo 3. Kemudian ditambah dengan stereng Iswara UK Spec, Audio JVC dan pembesar suara  Dynaquest/Exspider.

Bahagian luar pula katanya dipasang dengan bodypart Iswara UK spec. Saya pun tak pasti apa bezanya. Masa saya main Iswara dulu semuanya guna standard. Dulu ada Iswara CARES kan? Masa tu ada jenis UK Spec juga.

Proton-Iswara-Mirage-mekanika (6)

Budak-budak muda sekarang jarang dah nak main kereta macam ni. Semua sibuk beli Myvi dengan Saga BLM bikin Stance serupa jilake dah macam buldozer pun ada.

Orang stance, ko nak stance tapi idea kelaut. Guna internet la tengok orang main camber berapa, rim lebar berapa, lowered banyak mana. Bila orang kutuk ko marah. Masalahnya sakit mata, ko tau tak sakit mata?

Google ads
Back to top button