Buletin

INFINITI QX80 SPORT – BARULAH NAMPAK LEBIH GARANG DAN JAHAT

Infiniti yang cukup dikenali di pasaran Amerika melalui pengenalan SUV bersaiz besar terus mahu mengukuhkan jenama mereka dalam segmen tersebut dengan pengenalan varian terkini, Infiniti QX80 Sport yang kini tampil lebih hitam dan gelap. Dan pastinya nampak lebih garang dan jahat.

Infiniti QX80 Sport ini kini tampil dengan beberapa sedikit perubahan paparan visual seperti gril dan bampar yang digayakan semula serta paling penting rupa luaran yang kini tampil dengan tema hitam. Juga terdapat perubahan yang agak ketara adalah penggunaan roda aloi baharu enam jejari bersaiz 22 inci.

Infiniti QX80 Sport ini pada asasnya merangkumi pakej penampilan yang digelapkan. Bermula di hadapan, gril digayakan semula, manakala bampar hadapan diolah semula dengan pembahagi kecil yang menonjol di bahagian ruang saluran bawah. Semua trim luaran, termasuk rel bumbung, lencana dan penutup cermin, mempunyai penampilan yang gelap berbanding model standard sekali gus menjadikannya lebih garang dan jahat. Malah, roda aloi juga digelapkan.

Bahagian kabin menampilkan tema campuran kulit berwarna Hitam dan juga Dusk Blue. Terdapat Kemasan metalik menerima kemasan krom gelap dan dipasangkan dengan kemasan kayu berpori terbuka Dark Brown pada pintu dan panel instrumen.

Varian Sport ini akan diposisikan di atas varian Luxe tetapi masih menampilkan beberapa ciri standard seperti sistem suspensi udara elektronik. Terdapat sistem bunyi Klipsh dengan 24 pembesar suara, tempat duduk hadapan dengan fungsi mengurut, pencahayaan ambien 64 warna dan juga cermin pandang belakang tanpa bingkai yang boleh memaparkan suapan kamera.

Walau pun model ini membawa tanda nama Sport, namun hakikatnya tiada sebarang perubahan dari segi prestasi membabitkan SUV bersaiz besar ini. Ianya masih lagi mengekalkan trenkuasa enjin 3.5 liter V6 dengan pengecas turbo berkembar yang menghasilkan kuasa maksimum 450 HP yang dipadankan dengan transmisi auto sembilan kelajuan. Cumanya Infiniti QX80 Sport ini didatangkan dengan sistem pacuan semua roda

Harga jualan untuk Infiniti QX80 Sport ini adalah $104,140 (RM440,355).

BACA : INFINITI QX80 2025 – SUV PREMIUM YANG LEBIH SASA DAN BERGAYA

BACA : INFINITI QX60 2026 – TAMPIL DENGAN TRENKUASA BAHARU DAN SISTEM AUDIO YANG LEBIH LUNAK DIDENGAR

Google ads

B K

Back to top button