Motosikal

TRIUMPH THRUXTON 400 DEBUT DI INDIA – 41.4HP, 37.5NM

Triumph Motorcycles dengan rasminya memperkenalkan Thruxton 400 eksklusif untuk pasaran India sekaligus muncul sebagai model keempat dengan enjin TR-Series yang dibangunkan bersama Bajaj.

Thruxton 400 itu sertai Speed 400, Scrambler 400 X dan Scrambler 400 XC yang baru saja dilancarkan bulan lalu.

Meskipun berkongsi enjin yang sama dengan tiga model 400cc lain namun Triumph telah menala semula enjin tersebut bagi mencernakan kuasa yang lebih tinggi. Hasilnya, Thruxton 400 menawarkan 41.4hp pada 9,000rpm meningkat dari 39.5hp. Tork pula kekal dengan 37.5Nm pada 7,500rpm.

Namun begitu, perubahan terbesar pada Thruxton 400 ini berbanding model 400 lain adalah kehadiran panel badan yang lebih signifikan berbanding Speed 400, Scrambler 400 X dan Scrambler 400 XC. Ini kerana Thruxton 400 menawarkan DNA cafe racer seperti Thruxton 1200.

Apa yang berlaku, Thruxton 400 ini menawarkan gaya menunggang yang lebih agresif dengan penggunaan handlebar jenis clip-on.

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • ride-by-wire
  • traction control
  • ABS
  • meter digital LCD
  • lampu LED penuh
  • port USB Type-C
  • klac slip/assist
  • tangki 13L

Pakej suspensi pula terdiri dari fork USD 43mm dengan jarak gerak 135mm dan monoshock belakang dengan pelarasan pra-beban. Brek pula merangkumi cakera tunggal 300mm depan dengan brek 4-piston dan 230mm di belakang dengan brek satu piston.

Bagi pasaran India, Thruxton 400 ini datang dengan empat warna pilihan; Lava Red Gloss, Phantom Black, Metallic Ring Yellow dan Pearl Metallic White/Storm Grey.

GALERI: TRIUMPH THRUXTON 400

Google ads
Back to top button