INFINITI QX80 2025 – SUV PREMIUM YANG LEBIH SASA DAN BERGAYA
Model SUV premium mewah bersaiz penuh sememangnya turut menjadi tumpuan khususnya untuk pasaran Amerika Syarikat / Eropah. Dan Infiniti telah memperkenalkan generasi terbaharu model SUV premium bersaiz penuh mereka, Infiniti QX80.
Generasi pertama (juga dikenali sebagai Infiniti QX56) telah pun dilancarkan pada tahun 2004 yang dibina terus di Amerika Syarikat yang berkongsi pelantar dengan model Nissan Armada. Generasi keduanya pula kembali di bina di Jepun dan telah pun berkongsi pelantar dengan model Nissan Patrol.
Dan kini, Infiniti bersedia untuk meneruskan semula legasi model SUV premium mewah mereka dengan pengenalan generasi ketiga QX80 ini. Sebagai sebuah model flagship, QX80 ini menetapkan semula tanda aras dengan menampilkan gaya minimalis tetapi cukup terperinci, teknologi bersepadu dan juga pengalaman pemanduan yang handal.
Jelas pada pandangan bahagian hadapan telah menampilkan gaya Artistry in Motion dengan menampilkan gril Double Arch baharu untuk Infiniti. Pada bahagian atas kiri dan kanan menampilkan rekaan lampu DRL LED berbilang sempit untuk yang berilhamkan motif hutan buluh. Pada bahagian bawahnya ditempatkan lampu utama LED serta terdapat saluran udara untuk mengalirkan angin sejuk ke ruangan roda. Logo Infiniti dalam bentuk 3D juga telah ditempatkan di bahagian tengah gril untuk lebih gaya premium.
Rekaan bahagian belakang juga menampilkan lampu LED dari hujung ke hujung yang menampilkan lebih 300 lampu LED telah dipasang bagi kelihatan cukup elegan.
Pemegang pembuka pintu akan disembunyikan di dalam dan hanya akan dikeluarkan secara automatik apabila ianya fob kunci berada berhampiran untuk menyerlahkan ciri minimalis SUV yang kelihatan cukup besar ini. Saiz Infiniti QX80 ini meliputi panjang 5,364.5 mm, jarak roda 3,073 mm, lebar 2,349.5 mm dan tinggi 1,978.7 mm. Maka tidak hairanlah sekiranya ia mampu tujuh penumpang dewasa tanpa masalah.
Bahagian dalaman QX80 serba baharu sangat diilhamkan oleh budaya Jepun dan prinsip miyabi yang merujuk penggunaan bahan berlapis, lembut dan integrasi teknologi yang cantik dan mengalir serta bahan berkualiti tinggi yang luar biasa. Pada papan pemuka terdapat dua skrin bersaiz 14.3 inci. Manakala di bahagian bawah konsol, terdapat pula satu lagi skrin sesentuh berasingan bersaiz 9 inci yang berfungsi sebagai pusat kawalan untuk suhu, tetapan tempat duduk dan juga mode pemanduan.
Juga terdapat pada pada bahagian tengah adalah tempat penyimpanan sejuk yang berupaya memuatkan sehingga enam air tin tanpa masalah. Tempat duduk yang dibaluti dengan kulit semi-aniline dengan kemasan jahitan yang unik. Paling penting tempat duduk barisan pertama dan kedua dilengkapi dengan fungsi penyejukkan, pemanasan dan juga fungsi urut.
Untuk trenkuasa, ianya menggunakan enjin baharu 3.5 liter V6 Twin Turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 450 HP dan 700 Nm yang dipadankan dengan kotak gear sembilan kelajuan automatik.
Satu ciri menarik untuk sebuah SUV yang besar dan tinggi ini, ianya menggunakan sistem suspensi udara yang akan merendahkan secara automatik apabila ianya diparkir bagi memudahkan urusan keluar masuk penumpang dan juga penyimpanan barangan. Infiniti QX80 ini juga turut dilengkapi dengan sistem ProPILOT 2.1 buat pertama kali untuk SUV ini.
Infiniti Qx80 ini juga mempunyai mod tetapan pemanduan meliputi Standard, Eco, Sport, Snow, Tow dan juga Personal yang mana ianya mempunyai larasan yang berbeza untuk kuasa tindak balas enjin, stereng kuasa elektrik dan juga ciri bantuan pemandu.
Harga untuk Infiniti QX80 ini dijangka dijual bermula pada aras harga $84,445 (RM401,409) sehingga $112,590 (RM535,196).
BACA : NISSAN ARMADA 2021 – SUV BERSAIZ PENUH YANG SESUAI UNTUK AHLI GUSTI
BACA : INFINITI Q50S RED SPORT – SEBUAH “GT-R” DENGAN EMPAT PINTU!