Artikel Pilihan

INI AKSESORI GEAR UP YANG ANDA BOLEH TAMBAH PADA PERODUA AXIA 2023

Kereta terbaru Perodua iaitu Axia telah selamat dilancarkan pada 14 Februari 2023 dengan harga permulaan RM 38,600 bagi varian termurah 1.0G. Seperti yang anda sedia maklum, walaupun murah ia masih lagi sarat dengan sistem keselamatan.

Apa yang pasti ia kelihatan sedikit “kosong” dari segi aksesori. Jika aksesori ini ditambah pada kereta, sudah tentu ia akan menjadikan harga kereta lebih mahal berbanding dengan harga yang ada sekarang. Namun Perodua masih memberi peluang kepada anda untuk menggayakan Axia 2023 mengikut citarasa anda dengan aksesori seperti berikut:

1. Trendy Seat Cover – disediakan bagi model G, X, AV dan juga SE dimana semua model ini menggunakan balutan fabrik pada kusyen. Balutan PVC lembut dan mudah dibasuh ini digayakan dengan 2 tona warna dijual pada harga RM 650 bagi satu set.

2. Pakej Utility – merangkumi set Door Visor, pelapik kaki dan juga Luggage Tray dijual secara set pada harga RM 360. Set ini lebih murah dibeli dalam pakej berbanding dibeli secara berasingan. Pada pandangan kami Hood Insulator pada harga RM 70 juga wajar dipertimbangkan untuk dibeli bagi mengurangkan bunyi bising dan melindungi hud depan dari haba enjin

3. Pencahayaan – sama seperti model lain, anda boleh menambah beberapa aksesori yang kurang penting tapi nampak lebih bergaya jika dipasang seperti aksesori pencahayaan. Sebagai contoh set Floor Lighting berwarna merah yang akan menyala apabila pintu dibuka dan dipadamkan apabila pintu ditutup

Set Floor Lighting ini akan dipasang di ruang kaki depan dan juga belakang berharga RM 240. Satu lagi set pencahayaan yang menarik ialah LED Scuffplate yang berharga RM 260 dengan tulisan “Gear Up” berwarna merah dipasang pada bingkai pintu bahagian bawah

Sama seperti Floor Lighting, LED Scuffplate akan menyala apabila pintu dibuka dan padam apabila pintu ditutup. Kedua dua aksesori ini mesti dipasang dengan Extension Wire Harness yang berharga RM 45

4. Bagi aspek keselamatan, antara aksesori yang turut dijual ialah kerusi keselamatan bayi (RM 680), perakam video digital (RM 500), wheel lock nut (RM 200) dan Smart TPMS yang memantau keadaan tekanan angin tayar.

5. Satu lagi aksesori yang biasa dipasang oleh penulis ialah Vibratile yang bertindak sebagai penebat bunyi dari luar, mengurangkan gegaran pada panel pintu dan memberikan bunyi yang lebih pada ketika pintu ditutup dijual dengan harga RM 285 bagi setiap set

Semua aksesori ini boleh ditempah di pusat servis Perodua berhampiran dengan anda dan harga yang tertera tidak termasuk kos pemasangan.

Google ads
Back to top button