" "
Artikel Pilihan

TESLA KELUARKAN LAPORAN TERKINI, BATERI EV MEROSOT 12% SELEPAS DIPANDU 320,000KM

Dalam satu laporan teknikal, Tesla mendedahkan bahawa pek bateri yang digunakan oleh model Tesla akan kehilangan kapasiti menyimpan tenaga sebanyak 12% selepas dipandu sejauh 320,000km. MAsalah degradasi atau kehilangan upaya untuk menyimpan tenaga dan menjejaskan jarak pemanduan adalah masalah bagi kebanyakan kereta elektrik

Kebanyakan pengeluar meletakkan jaminan kualiti sejauh 160,000km atau dalam tempoh 8-10 tahun selepas kereta elektrik tersebut dijual kepada pelanggan. Semakin bagus bateri kereta elektrik bertahan, ia menjadi semakin baik dalam memelihara alam sekitar biarpun ia masih boleh dikitar semula

Tesla amat jarang sekali mendedahkan data teknikal kepada umum, namun Tesla perlu mendedahkan data ini sebagai sebahagian laporan “Impact Report” yang memerlukamn Tesla untik mengambil kira kesan kepada alam sekitar daripada penggunaan kereta elektrik

Bagi 2022 Impact Report, Tesla mendedahkan bateri yang digunakan oleh Model S dan juga Model X hanya merosot sebanyak 12% selepas 200,000 batu atau 320,000km. Data bagi kedua model lama di atas diperolehi disebabkan kedua dua model adalah model yang telah lam dihasilkan oleh Tesla

Tesla juga berjanji akan mendedahkan komposisi bahan kimia yang digunakan oleh model terbaru yang dihasilkan oleh mereka. Laporan tahunan ini juga menyebut kemerosotan bateri dipengaruhi oleh model kereta dan jenis pek bateri yang digunakan

Laman sesawang Electrek mendedahkan dapatan kajian daripada beribu-ribu unit Tesla mendapati, bateri 90kWh adalah lebih mudah untuk merosot jika dibandingkan dengan bateri 85kWh. Malah kajian juga mendapati pek bateri Model 3 dan Model Y juga sangat bagus, hanya merosot kurang dari 10% selepas dipandu sejauh 160,000km dan merosot kurang dari 15% selepas dipandu 320,00km

Google ads
Back to top button