
VOLKSWAGEN BANGUNKAN BATERI, BOLEH CAJ & PANDU HINGGA 500,000KM
Bateri solid state merupakan bateri masa depan untuk kegunaan kereta elektrik menunjukkan pembangunan yang pesat dalam beberapa tahun ini. Bateri solid state menawarkan kecekapan, jarak perjalanan yang lebih jauh, masa pengecasan yang pantas dan juga lebih selamat berbanding dengan bateri lithium ion konvensional
Bateri ion lithium dihasilkan dengan gabungan katod, anod, separator dan elektrolit. Kebanyakan bateri ion lithium yang digunakan sekarang untuk peralatan elektronik sebenarnya menggunakan cecair elektrolit. Bateri solid state pula menggunakan elektrolit pepejal dan bukannya cecair.
Separator yang digunakan pada bateri lithium ion biasa bertindak memisahkan katod dan anaod. Manakala bagi bateri solid state, elektrolit pepejal akan bertindak sebagai separator. Bateri solid state juga adalah lebih keras dan tegar berbanding denga bateri lithium ion biasa
Malah ketumpatan tenaga bateri solid state juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bateri ion lithium yang menggunakan cecair elektrolit.
Sebuah syarikat yang dimiliki oleh Volkswagen iaitu PowerCo yang berpusat di Salzgitter menunjukkan bateri solid state yang dibangunkan oleh mereka masih mengekalkan SOC yang bagus iaitu sekitar 95% selepas dicaj sebanyak 1000 kali
Dengan satu pengecasan membolehkan kereta elektrik dipandu sejauh 483km bagi satu pengecasan penuh, 1000 pengecasan membolehkan kereta elektrik dipandu hampir 483,000km serta masih lagi kekal pada 95% berbanding dengan kapasiti asal 100%.
Buat masa ini standard industri untuk ujian adalah sehingga 700 kali pengecasab penuh, dan apabila selesai mampu mengekalkan 80% kapasiti bateri. Bateri solid state ini bukan sahaja melepasi semua stabdard industri, malah menunjukkan kemampuan yang baik dalam pengecasan dan aspek keselamatan.





