Artikel Pilihan

NISSAN GT-R TIDAK PERNAH BUAT OVERHALL, PRESTASI MANTAP LEPAS 440,000KM

Majalah GT-R Jepun pernah menerbitkan beberapa siri artikel berkenaan dengan kelab istimewa Nissan GT-R yang telah mencapai jarak perbatuan sejauh 100,000km dan juga 200,000km. Kebanyakan pemilik akan menghubungi pihak editorial majalah sekiranya jentera GT-R mereka telah mencapai perbatuan ini

Namun pada bulan Julai 2022, seorang pemilik Nissan Skyline GT-R R33 V Spec telah menghubungi pihak editorial dengan bacaan odometer setinggi 441,265km, dikenali sebagai Mr Yoshihara.

Unit GT-R miliknya sebenarnya dibeli secara terpakai dengan jarak perbatuan odometer 25,000km dan Mr. Yoshihara telah memandu GT-R miliknya sejauh 416,000km dalam masa 18 tahun. Dalam surat awal yang dihantar kepada pihak editorial, Mr Yoshihara turut memberikan beberapa panduan bagi mengekalkan jenteranya dalam keadaan cemerlang.

Mr Yoshihaa membeli GT-R R33 Skyline V-Spec model tahun 1995 ini secara terpakai pada bilan Mac 2004 bagi menggantikan Nissan Skyline DR30 miliknya selepas terlibat dengan kemalangan sehingga jentera tersebut tidak boleh dibaiki lagi

Mr Yoshihara beruntung kerana pemilik asal GT-R Skyline R33 V-Spec ini adalah seorang mekanik Nissan di sebuah pusat servis Nissan. Secara purata Mr. Yoshihara telah memandu sejauh 23,000km dalam setahun dengan jarak perjalanan sehari untuk pergi dan balik dari tempat kerja adalah sekitar 100km sehari

Bagi pemandu Jepun, angka 23,000km jarak pemanduan dalam setahun adalah sangat tinggi, memandangkan kebanyakan rakyat Jepun menggunakan perkhidmatan tren untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Secara purata jarak pemanduan normal pemandu Jepun adalah dibawah 5000km dalam setahun

Mr Yoshihara memandu hampir setiap hari termasuklah di lebuhraya tanpa sebarang masalah dan enjin GT-R ini masih dalam keadaan asal dan tidak pernah dibuat proses major overhaul.

Antara tip penjagaan yang diamalkan oleh Mr Yoshihara ialah penukaran minyak pelincir enjin dengan kerap, iaitu seawal setiap 3000km dan penukaran minyak pelincir sistem transmisi termasuk transaxle pada setiap 9000km. Ia merupakan tip yang sama digunakan oleh Mr Yoshihara ketika memandu Skyline DR30

Menurut Mr Yoshihara lagi, adalah sukar untuk menggantikan semua komponen GT-R miliknya sekaligus, tapi dia akan memastikan semua komponen yang bakal bermasalah digantikan terlebih dahulu secepat mungkin. Sebagai contoh, beliau baru sahaja menukar unit suntikan bahan api dan akan menggantikan alternator selepas ini

Mr. Yoshihara juga memiliki teknik yang agak konservatif ketika memandu, meminimakan proses pemanasan enjin ketika statik (idling) dan akan memanaskan lain-lain komponen GT-R ketika proses pemanduan. Walaupun pada masa sekarang dia tidak lagi kerap memandu jauh, tapi Mr Yoshihara akan tetap memandu GT-R miliknya 2 kali dalam seminggu

Semasa memandu di lebuhraya, Mr. Yoshihara akan cuba memandu dengan jarak selamat dengan kereta di depan, belakang dan juga sisi. Tapi dalam sesetengah keadaan, beberapa bahagian badan kereta akan tercalar juga sedikit seperti bampar depan yang baru dicat semula akibat tergesel dengan road curb

Mr Yoshihara akan berumur 67 tahun pada hari ini dan mengatakan dia akan cuba memandu GT-R miliknya sehingga di berumur 80 tahun. Dia juga berpendapat, sebagai pemandu yang memandu sebuah kereta yang berkuasa tinggi, dia akan cuba memandu dengan sangat berhemah dan berhati -hati

Bagi bahagian enjin, hanya penutup kepala silinder yang pernah dibuka bagi menggantikan gasket yang bocor. Segala sensor seperti air flow sensor, turbin sensor, crank angle sensor telah digantikan pada perbatuan 180,000km dan semua rekod penggantian akan disimpan bagi rujukan pada masa depan

Turbin bagi sistem turbo pula telah digantikan pada perbatuan 180,000 km dan ia telah beroperasi dengan baik sehingga 260,000km tanpa masalah.Untuk bahagian luaran hanya satu set sport rim BBS LM aluminium yang digantikan bagi memenuhi citarasa Mr. Yoshihara

 

Google ads
Back to top button