Buletin

MITSUBISHI VISION RALLIART CONCEPT DIDEDAHKAN

Setelah beberapa minggu Mitsubishi membekalkan teaser, akhirnya pengeluar tersebut tampil secara rasmi dengan Vision Ralliart Concept yang dibangunkan berdasarkan Outlander PHEV.

Dari segi rekaan, Vision Ralliart Concept membawakan penampilan yang lebih agresif, terima kasih kepada kit badan lebar, rim bersaiz 22 inci, rekaan bampar dan gril hadapan yang lebih agresif, diikuti dengan rekaan bampar belakang dengan diffuser terbina, serta lampu brek ketiga ala-F1.

Tiada sebarang butiran lanjut berhubung enjin yang digunakan, namun menurut Mitsubishi, Vision Ralliart Concept ini mempunyai output motor elektrik yang lebih tinggi, talaan kepada sistem pacuan semua roda yang lebih sporti, serta kapasiti bateri yang dipertingkatkan.

Yang paling penting, Vision Ralliart Concept menampilkan DNA Ralliart yang membawakan prestasi pecutan, prestasi di selekoh serta brek yang dipertingkatkan untuk sebarang kondisi jalan dan cuaca.

Vision Ralliart bakal dipamerkan di Tokyo Auto Show 2022 bersama-sama enam buah model lain seperti Eclipse Cross dan Outlander Ralliart Style, Outlander Wild Adventure Style, Delica D:5 Tough x Tough, K-EV X Style dan Minicab-MiEV B-Leisure Style.

Google ads
Back to top button