Artikel PilihanBuletin

INI PELIK – KAJIAN TENTANG KEKERAPAN PEMANDU MENYUMPAH

Menyumpah, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat apabila tidak puas hati sewaktu memandu. Ini tabiat yang tidak baik dan menariknya terdapat kajian tentangnya.

Satu kajian melalui OnePoll.com oleh Hyundai mendapati pemandu di UK secara kebiasaannya menyumpah sebanyak 41 kali untuk  perjalanan 160 km. Kajian ini dibuat di kalangan 2,000 pemandu.

Kebiasaannya pemandu akan menggunakan kenderaan sejauh 600 km setiap bulan untuk berulang alik ke tempat kerja dan dalam masa tersebut secara purata mereka menyumpah sebanyak 152 kali.

Pada bulan yang mempunyai hari persekolahan dengan purata jarak pemanduan 102 km, kata-kata kesat akan dikeluarkan sebanyak 26 kali.

Kajian ini juga mendapati 84 peratus responden tidak mengetahui bahawa mencarut dan menunjukkan kelakuan kasar kepada pemandu lain adalah satu kesalahan dan boleh didenda.

Walaupun ini kajian yang pelik, agenda Hyundai ialah sebahagian daripada program Clean Driving™ Month di mana mereka menggalakkan pemandu untuk mempunyai sikap dan bahasa bersih, memperbaiki gaya pemanduan dan mempromosikan kelebihan bahan api alternatif.

Kajian ini juga mendapati sembilan daripada sepuluh orang dewasa di UK mengakui mereka mencarut apabila memandu. Satu sisi positif ialah apabila ibu bapa berjaya mengawal kelakuan mereka apabila terdapat anak bersama.

Satu fakta lagi ialah 45 peratus mengakui mereka menukar gaya bahasa kepada lebih sopan apabila anak turut berada bersama.

Berikut ialah beberapa lagi dapatan dari kajian ini:

  • Di antara punca umum kata-kata kesat diucapkan ialah memotong barisan, parkir yang mendominasi dua ruang dan pemandu lain berSMS
  • 38 peratus responden cenderung untuk menjadi pemarah apabila memandu
  • Empat daripada 10 pemandu mengaku mereka kerap mencarut apabila memandu
  • Walaupun begitu 46 peratus responden merasakan mereka tidak mencarut terlalu kerap apabila memandu
  • 39 peratus responden mengakui mencarut semasa memandu dan kemudian menyesalinya

Satu perkara positif tentang kajian ini ialah Hyundai telah bekerjasama dengan ahli psikologi konsumer iaitu Patrick Fagan dalam memberikan tips agar pemandu dapat mengurangkan tabiat buruk tersebut. Patrick berkhidmat di Goldsmiths, Universiti of London.

Berikut ialah tips supaya pemandu dapat bertenang:

  • Mengalihkan gangguan
  • Mendengar muzik yang menenangkan
  • Memakan coklat

Kajian ini memang menarik dan walaupun lari daripada kebiasaan, ia sebenarnya adalah tingkah laku negatif yang perlu dielakkan.

Apapun bawa bertenang dan sebenarnya sudah banyak kes buruk yang berlaku akibat pemandu hilang kesabaran. Sama-sama kita muhasabah dan ambil pengajaran.

BACA: HYUNDAI ‘N OPTION’ – HYUNDAI DAH MULA BERMAIN AKSESORI ALA JENAMA JEPUN

Google ads
Back to top button