Buletin

SETELAH SETAHUN DI PASARAN, ADAKAH SAMBUTAN KIA STINGER SEPERTI YANG DIHARAPKAN?

Ini adalah kereta yang dibangunkan secara serius oleh Kia Motors demi untuk “berjuang” dalam segmen sedan GT prestasi tinggi yang mewah. Sesuatu yang jarang orang fikirkan untuk dibuat oleh pembuat kereta dari Korea Selatan ini.

Pertama kali dipertontonkan di Detroit Auto Show pada 2016 dan menjadi produksi penuh tahun lalu, Stinger adalah flagship penting yang meletakkan Kia sebaris dengan pengeluar kenderaan mewah yang lain. Tanpa berselindung, Kia mahu “mencuba” untuk pasaran penting mereka iaitu Amerika Syarikat.

Ia direka bagi menyaingi BMW 4 Series Gran Coupe, Audi A4/S4 dan A5/S5 Sportback, Jaguar XE, dan Mercedes-Benz C-Class coupe (C43 AMG). Dari segi prestasi, Stinger mampu menewaskan saingannya berdasarkan harga-per kuasa kuda.

Itu yang diharapkan oleh Kia bilamana mereka mengemukakan pilihan enjin twin-turbo V6 Lambda T-GDi 3.3 liter berkuasa 365hp dan tork 510Nm membolehkan Stinger memcut 0-100km/j dalam masa 4.9 saat.

BACA: KIA STINGER DILANCARKAN DI MALAYSIA!

Sementara enjin empat silinder Theta II T-GDi twin-scroll turbocharged bersesaran 2.0L twin-mampu menghasilkan kuasa 251hp dan tork maksimum 353Nm bemula 1,400 – 4,000rpm. Ini membolehkan Stinger memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa cuma 6.0 saat.

Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan yang dibangunkan sendiri oleh Kia. Kotak gear itu menyaksikan Kia menggunakan penukar tork Centrifugal Pendulum Absorber (CPA) buat pertama kalinya ke atas model 2.0L GT-Line. Aplikasi yang biasanya digunakan pada enjin pesawat dan jentera lumba itu berfungsi membantu mengurangkan getaran.

Hasil daripada talaan selama beberapa tahun di litar Nurburgring, Stinger menjanjikan kualiti pengendalian yang mantap di atas apa jua permukaan jalan. Ini disumbangkan oleh Vehicle Dynamic Control (VDC) dengan sistem Dynamic Torque Vectoring Control yang sofistikated.

Setelah setahun di pasaran Amerika Syarikat, respon pengguna kini sudah dapat diterjemah menerusi angka jualan.

Mazda CX30

Adakah Stinger laris bak goreng pisang panas?

Ya. tetapi belum mampu menandingi dominasi jenama Eropah yang mana setakat ini, hanya sebanyak 10,144 unit telah dijual.

Sebagai perbandingan, BMW berjaya menjual 18,331 unit 4 Series Gran Coupe dan Audi menjual  1,575 A4 dan S4, 15,973 unit A5 dan S5.

Dalam satu segmen yang hampir sama, Jaguar mencatat jualan 2,663 unit dan dari segi julat harga pula, Mercedes menjual 33,500 C-Class dalam tempoh yang sama.

Kia perlu langkah yang lebih jauh untuk menjadikan Stinger sebagai model taruhan yang menepati sasaran awalnya. Pun begitu, ramai pemerhati industri melihat ia adalah satu kejayaan besar bagi sebuah jenama yang hanya dikenali sebagai keteta murah. Pasaran Amerika sudah mula menerima Stinger sebagai pilihan GT mewah mereka.

Menarik kan?

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button