Iklan Pilihan

BELL LANCAR TOPI KELEDAR HARO 500. HELMET UNTUK BMX, BUKAN MOTOSIKAL TAU…

Wahai penggemar topi keledar sekalian, pasti anda akan tertarik dengan model baharu yang dihasilkan oleh jenama topi keledar terkenal, Bell.

Bell telah bekerjasama dengan Lagenda penunggang motocross dan BMX gaya bebas iaitu Bob Haro untuk menghasilkan topi keledar yang diberi nama Haro 500.

Lebih dikenali sebagai “Father of Freestyle”, Haro pernah terlibat dalam acara perasmian Sukan Olimpik 2012. Dia juga merupakan pengasas Haro Design, jenama yang menumpukan kepada pakaian, beg dan cetakan bertemakan kartun Haro BMX.

Dalam satu temubual, Haro menyatakan bahawa dia menganggap Bell sebagai topi keledar terbaik dan bergaya.

Topi keledar edisi Haro disenaraikan dalam edisi Custom Bell 500 SE 3/4. Ia tampil dengan jalur biru dan visor matahari jenama Haro.

Terdapat lima saiz yang berbeza dan setiap satu diperbuat daripada bahan komposit gentian kaca.

Pelapik dalam menggunakan bersifat antibakteria dan mempunyai jahitan sisik yang berbeza dari edisi Bell yang lain.

Visor matahari yang dilekatkan menggunakan butang boleh ditanggalkan untuk kelihatan lebih ringkas dan kemas.

Topi keledar tersebut telah mendapat pengesahan daripada DOT dan hadir dengan beg edisi khas yang terdapat lukisan kartun Haro di atasnya.

Haro 500 ditawarkan pada harga AS$189.95 (RM787.44) itu boleh dibeli secara dalam talian di Bell Helmets Website sahaja.

Jadi, tunggu apa lagi? Hanya 250 unit yang dihasilkan tau. Siapa cepat, dia dapat!

Google ads
Back to top button