Artikel Pilihan

INI SENARAI HONDA TALAAN MUGEN PALING HEBAT

Mugen adalah salah satu syarikat penalaan atau tuner yang diasaskan oleh Hirotoshi Honda, ya bapak dia pengasas Honda Motor Corporation. Anda boleh ikuti artikel penuh berkenaan Mugen di SINI. Mugen diasaskan paa tahun 1973, namun sehingga hari ini Honda tidak memiliki sebarang syer dalam Mugen

Mugen bebas melakukan apa sahaja bisnes yang merangkumi penalaan dan penjualan aksesori untuk semua kereta Honda. Pada hari ini Mugen mampu menghasilkan kereta konsep untuk Honda. Hari ini kita akan lihat beberapa kereta yang paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Mugen

1. Mugen Integra Type R (DC2R)

Honda DC2 Integra Type R sudahpun cukup berkuasa untuk dijadikan sebagai kereta jalanan, namun Mugen terus menaiktaraf kereta ini apabila Integra sampai ke tangan mereka. Integra dilancarkan pada tahun 1995 dan merupakan unit homologasi perlumbaan FIA Group N dan GT World Cup

Dalam keadaan stok, Integra dengan enjin 1800cc VTEC menghasilkan 195 kuasa kuda dan 176Nm tork pada 8500 RPM menjadikannya sebagai enjin paling berkuasa dalam kategori 1800cc. Apabila digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan ratio pendek, Helical Limited Slip differential, sistem gantungan sport dan brek berkuasa dengan berat hanya 1197kg maka ia menjadi sangat lincah

Pihak Mugen tak perlu lakukan apa-apa kecuali menambah aero bodykit untuk membaiki aliran udara pada halaju tinggi dan menyingkirkan udara panas dengan cepat, menaiktaraf sistem suspensi, sistem kemasukan udara baru, dan manifold ekzso baru bagi membolehkan enjin bernafas dengan lebih baik

2. Honda Civic Mugen RR 2008

Hanya 300 unit sahaja yang dikeluarkan untuk JDM menjadikan ia buruan peminat Mugen. Model ini memiliki semua komponen RR yang terbaik seperti aci sesondol, injap spring RR, sistem kemasukan udara jenis terbuka dan lebih besar, catalytic converter aliran besar, sistem ekzos berkembar dan juga intake manifold yang dihasilkan daripada karbon

Hasilnya enjin ini menghasilkan 237 kuasa kuda pada 8000 RPM dan 218Nm tork pada 7000 RPM. Berat keseluruhan kereta juga dikurangkan menjadi 1255kg sahaja dengan kusyen Recaro SP-X dan rim 18 inci Mugen 7 Spoke

Cesi RR dinaiktaraf dengan menggunakan suspensi boleh laras 5 tetapan, rotor brek yang lebih baik, hud depan aluminiu, bampar depan karbon dan jeriji depan karbon. Di litar Tsukuba, RR mengalahkan Type R sebanyak 2 saat.

3. Mugen Fit Dynamic

Kereta ini muncul sebagai kereta konsep Mugen pada pameran Tokyo Auto Saloon 2004. Model ini diwarnakan dengan warna oren lengkap dengan kit badan memang menarik perhatian. Tapi ia dikuasakan dengan enjin K20A bagi menggantikan enjin L15A yang asal dengan 150 kuasa kuda

Mugen merasakan 150 tak cukup kuat lalu menambah supercaj pada enjin ini bagi menghasilkan 260 kuasa kuda. Beberapa tahun kemudian model Mugen supercaj pada enjin standard Fit/Jazz ini dipasarkan sebagai Mugen Fit Spec D.

4. Honda NSX Mugen RR

Mugen menghasilkan NSX Mugen RR ini dengan mengambil inspirasi kereta lumba Super GT termasuklah dengan spoiler dengan lampu brek terbina dalam. NSX RR dihasilkan dengan lebih lebar dan rendah dengan menggunakan campuran karbon fiber dan juga panel badan keluli.

Ruang kemasukan udara memiliki ciri untuk mengarahkan udara terus ke radiator depan dan rotor brek dari jenis terapung pada sebelah kiri dan kanan kereta. Ia juga bertindak membebaskan udara panas melalui liang udara khas pada hud depan.

Skup udara khas pada bahagian bumbung dibina pada bahagian cermin belakang untuk membekalkan udara sejuk terus ke bahagian enjin yang memuatkan enjin 3200cc V6

5. Honda Civic Type R (RC20GT Package)

Mugen menggunakan Honda Civic generasi terbaru dan mengenakan kit badan yang lebih lebar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keupyaan aerodinamik kereta dan penyejukan yang lebih baik. Mugen menamakan projek ini sebagai Pakej RC20GT

Selain dari kit badan, pakej ini merangkumi sistem ekzos baru, brek Brembo, Limited slip differential , sistem gantungan yang dinaiktaraf, roda aluminium MDCF, lambe belakang LED, kusyen perlumbaan Mugen, roda stering Mugen dan lampu depan LED Mugen

Google ads
Back to top button