Artikel Pilihan

INOVASI KESELAMATAN JALANRAYA DARI VOLVO KEPADA DUNIA AUTOMOTIF

Volvo merupakan satu jenama dari Sweeden yang tidak asing lagi bagi kategori sedan premium, terutama dalam aspek melibatkan keselamatan penumpang dan juga pemandu kenderaan Volvo. Jurutera Volvo akan sentiasa memastikan kenderaan Volvo sentiasa mendahului pesaing mereka dalam aspek keselamatan.

Dalam beberapa aspek ujian, Volvo juga bertanggungjawab memaksa IIHS untuk memberi perhatian kepada beberapa jenis kemalangan yang tidak diuji oleh IIHS. Di sini kami senaraikan beberapa inovasi keselamatan yang dipelopori oleh Volvo.

1. Tali keledar keselamatan 3 poin – diperkenalkan pada tahun 1959 oleh jurutera Volvo iaitu Nils Bohlin. Tali pinggang keledar ini dipasang buat pertama kali pada model PV544. Volvo tidak mengenakan sebarang royalti kepada paten rekaan tali keledar ini supaya pengeluar kenderaan lain boleh menggunakan rekaan mereka secara percuma.

Penyelidik meanggarkan lebih 1 juta nyawa pemandu dan penumpang berjaya diselamatkan dengan pengenalan tali keledar ini

2. Kerusi bayi pandang belakang – diperkenalkan oleh jurutera Volvo pada tahun 1972 berdasarkan pemerhatian mereka terhadap angkasawan yang duduk dengan cara yang sama ketika menaiki kapal angkasa untuk berlepas ke angkasa lepas. Mereka mendapati cara duduk yang sedemikian akan menyebarkan G-Force secara sekata pada badan angkasawan. Konsep ini digunakan oleh kerusi bayi pertama yang dihasilkan oleh Volvo

3. Kusyen Booster – tapi pada masa yang sama mereka mendapati kanak-kanak yang berusia antara 4 -6 tahun tidak lagi sesuai untuk mengguankan kerusi bayi pandang belakang. Jadi jurutera Volvo mencipta kusyen booster pada tahun 1978 bagi menjadikan badan kanak-kanal lebih dilindungi oleh tali keledar keselamatan.

4. Kusyen Booster terbina dalam – pada tahun 1990, menyedari kusyen booster mudah alih nampak tidak kemas dalam kereta, maka Volvo membangunkan sistem kusyen booster terbina dalam tempat duduk belakang. Pengguna hanya perlu melipat beberapa bahagian kusyen dan kanak-kanak boleh duduk dengan selesa.

5. Side Impact Protection System – Sistem Perlindungan Bahagian Sisi direka oleh Volvo selepas mendapati terdapat beberapa kes kecederaan akibat perlanggaran sisi kenderaan. Jurutera mengukuhkan cesi bahagian sisi dengan menggunakan tiang B yang lebih kuat, mengukuhkan struktur lantai dan menguatkan kusyen yang digunakan pada tahun 1991

Kemasan dalam juga direka agar menyerap impak kemalangan serta Volvo memperkenalkan beg udara sisi pada kusyen kereta pertama kali di dunia pada tahun 1994

6. Whiplash Protection System – diperkenalkan pada tahun 1998 bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian leher jika kereta dilanggar dari belakang. Kecederaan sebegini boleh mengakibatkan sakit berpanjangan dan kecacatan kekal.

Volvo memperkenalkan WHIPS dengan menghasilkan kusyen kereta yang mampu menyerap hentakan dari belakang dengan rekaan penyandar belakang dan juga perehat kepala.

7. Beg Udara Sisi – diperkenalkan pada tahun 1998 dengan sistem beg udara dipasang terus pada bahagian headliner (syiling tepi kenderaan) dan akan melindungi penumpang sekiranya terdapat hentaman di bahagian sisi atau kemalangan rollover (kenderaan berguling). Sistem ini diperkenalkan oleh Volvo bagi melindungi penumpang depan dan belakang.

8. Rollover Protection Systems – Volvo memperkenalkan sistem ini pada tahun 2002 selepas mendapati crossover dan SUV mula mendapat perhatian dalam pembeli baru. Peringkat pertama sistem ini ialah dengan mengawal kestabilan kereta melalui electronic roll stability control system.

Sekiranya crossover Volvo mulai terbalik (rollover) maka bahagian cesi bumbung telah diperkukuhkan bagi melindungi penumpang dan juga pemandu

9. Sistem Amaran Titik Buta – diperkenalkan pertama kali oleh Volvo bagi memberi amaran kepada pemandu tentang kehadiran kenderaan lain yang berada di kawasan titik buta dan tidak dapat dikesan melalui cermin sisi pada tahun 2003. Volvo menamakan sistem ini sebagai Blind Spot Information System. Amaran akan diberikan jika ia mengesan kenderaan lain dalam titik buta.

10. City Safety – ataupun lebih dikenali dengan nama brek pra perlanggaran diperkenalkan oleh Volvo mulai tahun 2008 dengan pengenalan model XC60. Sistem ini menggunakan laser mampu memberikan brek automatik sehingga kelajuan 30km/j

11. Brek Automatik dengan pengesan pejalan kaki – kajian selanjutnya oleh Volvo mendapati pejalan kaki merupakan golongan yang berisiko tinggi akibat dilanggar oleh kereta. Jadi pada tahun 2010 Volvo memperkenalkan brek pra-perlanggaran yang mampui mengesan pejalan kaki dan membrek jika berada dalam situasi bahaya.

12. Run Off Road Protection – Volvo mengatakan jika kemalangan berlaku akibat kereta terbabas dari jalan, akibatnya sangat teruk. Jadi mereka membangunkan Run Off Road Protection yang terdiri daripada sensor pengesan yang mengesan kereta Volvo terbabas, mengaktifkan tali pinggang bagi melindungi tulang belakang, mengaktifkan beg udara dan menarik pedal brek dari mematahkan kaki pemandu. Sistem ini diperkenalkan pada tahun 2014

13. Connected Safety – konsep ini diperkenalkan pada tahun 2016 dengan semua kereta berkongsi data clouds terutama pengaktifan sistem ESC serta penggunaan lampu isyarat berkembar. Data ini akan dikongsikan antara kereta bagi memberi amaran awal kepada pemandu.

14. Oncoming Mitigation by Braking – sistem ini diperkenalkan pada tahun 2018 akan membrek secara automatik sekiranya ia mengesan kehadiran kenderaan lain berada di laluan anda. Tujuan brek ialah untuk mengurangkan kelajuan sebelum kemalangan berlaku dan mengurangkan kecederaan pada pemandu

15. Halaju 180km/j -diperkenalkan pada tahun 2020 bagi menghantar mesej pada dunia bahaya pemanduan yang terlalu laju. Inisiatif ini diambil bagi mencapai kematian sifar pada pengguna jalan raya walaupun tindakan ini tidak popular.

16. Digunakan pasukan SWAT untuk merempuh masuk rumah tokan dadah – ok yang ini kami tipu…

Google ads
Back to top button