Artikel Pilihan

DUO TOYOTA AKHIRNYA MENCUBA TOYOTA GR YARIS TERBAHARU

Peminat kereta rali moden barangkali sudah tidak sabar untuk melihat aksi Toyota GR Yaris dalam perlumbaan rali. Apatah lagi model terbaharu Yaris itu hadir dengan reputasi yang cukup tinggi di awal pengenalan model tersebut.

Dan bagi membuktikan kebenaran kata kata pujian yang dihamburkan, pemandu Jari-Matti Latvala dan Elfyn Evans telah berpeluang untuk memandu uji jentera hebat tersebut di Goodwood SpeedWeek beberapa minggu yang lalu. Sesungguhnya ianya tidak dapat disangkal lagi bahawa GR Yaris baharu ini adalah bayangan dan pengganti kepada Yaris WRC sedia ada.

Menurut pendahulu pungutan mata kejuaraan WRC Elfyn Evans, ianya mempunyai aura dan rasa seperti jentera WRC sebenar cuma dalam versi miniatur. Menurut beliau lagi, “Saya pernah memandu pelbagai model hot hatch tapi tidak seperti model homologasi istimewa seperti ini. Saya amat kagumnya”.

“Ianya mempunyai pengalaman pemandu sejati, jika ada meminatinya. Apa yang bagus tentang GR Yaris adalah anda boleh menggunakannya seharian. Tapi anda masih boleh menala semula tetapan dan ianya bersedia untuk bertukar menjadi kereta rali sebenar”, tambah Elfyn Evans lagi.

Perasaan teruja yang sama turut dikongsi oleh Jari-Matti Latvala yang merupakan pemandu asal pasukan Toyota Gazoo Racing pada tahun 2017 ketika pasukan ini mula ditubuhkan. Di awal musim WRC 2020, Jari-Matti Latvala sempat berlumba di Sweden dengan menggunakan jentera Yaris WRC atas tiket persendirian menggunakan nama Latvala Motorsport.

Latvala berkata GR Yaris ini mengingatkan beliau tentang beberapa kehebatan kereta jalanana jelmaan rali seperti Subaru Impreza RB5 McRae Edition, Toyota Celica Carlos Sainz Edition serta Ford Escort RS Cosworth. Malah beliau turut memcuba beberapa tetapan yang berbeza untuk kuasa dan juga tork.

“Malah, anda juga boleh menutup fungsi kawalan traksi untuk memberikan lebih rasa pemanduan yang jitu. Tapi percayalah, anda harus berhati – hati dengannya”, tambah beliau lagi.

Tapi sebenarnya ada sesuatu yang lebih menggembirakan buat, Elfyn Evans perihal Toyota GR Yaris ini. Dan iannya adalah tentang brek tangan. “Terdapat suatu bahagian di Goodwood yang mana anda perlu membuat Donut dan anda perlu membuat drift pusingan 360′ dan saya tidak pasti apa yang hendak dilakukan. Saya menarik brek tangan ia drift dengan sempurna. Saya amat gembira dengan itu. Jarang sekali untuk berjumpa dengan kereta standard yang berkemampuan seperti ini”. Tambah beliau lagi.

Mungkin kita boleh melihat kelibat Yaris terbaharu ini tahun hadapan dalam kalendar WRC?

BACA : TOYOTA USA TANYA BETUL KE NAK GR YARIS NI?

BACA : PERINCIAN TOYOTA GR YARIS JDM – KECIL CILI PADI

Google ads

B K

Back to top button