Buletin

RENAULT TAWAR DISKAUN SEHINGGA 90% UNTUK ALAT GANTI TERPILIH KANGOO, SCENIC, ESPACE, CLIO, MEGANE, CAPTUR DAN BANYAK LAGI

TC Euro Cars hari ini mengumumkan kempen penghabisan stok alat ganti mega yang menawarkan diskaun sehingga 90 peratus bermula 1 November – 31 Disember 2020. 

Model-model yang terlibat ialah Kangoo, 2015 Captur, Scenic, 2014 Koleos, Fluence, Megane (2012 dan sebelumnya), Megane R.S. (R.S 26, R.S. 250, R.S. 265, R.S. 275), Clio, Clio IV R.S., Espace III, Espace IV dan Laguna III.

Pelanggan boleh membeli alat ganti berkenaan di pusat servis atau Renault Store di Shopee. Mereka boleh melihat senarai alat ganti yang ditawarkan berdasarkan model di laman web Renault, sebelum membuat permohonan bagi memeriksa sama ada ia masih ada atau sebaliknya. 

Pembeli yang ingin membuat pembelian melalui Shopee pula boleh melihat senarai alat ganti di www.shopee.com.my/renaultmalaysia.os. Stok adalah terhad dan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat. 

Jika mahu membeli di pusat servis, mereka perlu membuat temu janji terlebih dahulu menerusi Renault E-Store untuk mengetahui kebolehdapatan alat ganti tersebut. Langkah itu juga membantu SOP penjarakan fizikal dapat dipatuhi dengan lebih berkesan. 

Sebaik sahaja pembelian disahkan, pasukan selepas jualan Renault akan menguruskan penghantaran alat ganti. Kos penghantaran perlu ditanggung oleh pembeli. 

Selain daripada tawaran istimewa ke atas alat ganti, pelanggan yang memilih untuk mengganti atau memasang alat ganti yang dibeli di pusat servis Renault akan menerima manfaat berikut: 

  • Diskaun kos buruh sebanyak 50 peratus, pemeriksaan dan basuh kereta percuma di pusat servis Renault Petaling Jaya. 
  • Diskaun kos buruh sehingga 30 peratus dan pemeriksaan percuma di semua pusat servis Renault yang lain     

Ekslusif di pusat servis PJ, pelanggan yang mempunyai kad kredit Maybank boleh menikmati pelan pembayaran ansuran sifar peratus dengan perbelanjaan minimum Rm500 menerusi Skim Pembayaran Ezy. 

Google ads
Back to top button