Buletin

INSENTIF MY30 BANTU TAMPUNG KOS PENGANGKUTAN AWAM -PM

Kerajaan akan memperkenalkan insentif MY30 bagi membantu pengguna menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata menerusi insentif itu pengguna hanya perlu membayar RM30 sebulan atau RM1 sehari bagi penggunaan pengangkutan awam.

“Insentif ini akan berkuat kuasa mulai 15 Jun sehingga berakhir tahun 2020,” katanya mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

PENJANA membabitkan peruntukkan berjumlah RM35 bilion dan kerajaan mengenal pasti tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Tags
Google ads
Back to top button