Buletin

ISU BREXIT & JUALAN RENDAH. KILANG NISSAN DI EROPAH BERDEPAN WAKTU SUKAR

Nissan Motor Co. memberi amaran keras mengenai nasib kilang-kilang di Eropah Barat apabila kilangnya di UK diancam dengan isu Brexit. Manakala kilangnya di Sepanyol pula berdepan dengan masalah permintaan yang rendah.

Kilang Nissan di Sunderland, England yang menghasilkan banyak model untuk pasaran Eropah kini berada dalam ketidaktentuan. Jika Briatin gagal mencapai perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah, kereta dan alat ganti kenderaan akan dikenakan tarif sebanyak 10 peratus.

Keadaan itu bukan sahaja memberi kesan kepada kilang, malah melibatkan tiga perempat daripada output untuk benua tersebut. Sekali gus menjejaskan strategi Nissan untuk seluruh rantau Eropah.

“Akibatnya, kami tidak dapat menjual kereta,” kata Pengerusi Nissan Europe, Gianluca de Ficchy.

Amaran Nissan mengenai kilang Sunderland timbul selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson didakwa memulakan langkah untuk membatalkan perjanjian perdagangan dengan EU menjelang akhir tahun ini. Tekanan semakin bertambah dengan jumpah jualan dan keuntungan Nissan yang kian merudum.

Bulan ini, Nissan memotong jangkaan keuntungan tahunan dan tidak membayar dividen akhir tahun. Langkah itu menyebabkan nilai sahamnya jatuh 21 peratus pada awal tahun 2020. Sedangkan pelan pemulihan hanya akan bermula tiga bulan lagi.

Kilang Sunderland, UK menghasilkan Qashqai, model terlaris Nissan di Eropah, selain Juke dan LEAF.

Di Sepanyol, volum pengeluaran di kilang Barcelona semakin menurun dan Nissan memantau rapat perkembangan itu. Nissan juga telah bertemu dengan kesatuan sekerja untuk menjelaskan tentang perlunya penilaian strategi dibuat.  

Terdahulu, Nissan mengumumkan bahawa ia akan melepaskan 600 pekerja kilang dengan keputusan lanjut akan dibuat dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Mazda CX30
Google ads
Back to top button