Buletin

DAPATKAN INSURANS PERCUMA SELAMA SETAHUN UNTUK NISSAN X-TRAIL & SERENA S-HYBRID

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) semalam mengumumkan kerjasama baru dengan FWD Takaful Berhad (sebelum ini dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad).

Ia kini menawarkan pelan perlindungan takaful keluarga FWD Protect Direct percuma selama setahun untuk jumlah perlindungan bernilai RM100,000 kepada pembeli X-Trail dan Serena S-Hybrid. 

FWD Protect Direct merupakan pelan takaful dalam talian yang menawarkan perlindungan penuh buat seisi keluarga dalam satu pelan tunggal.

Anda juga boleh memilih pelan individu, pasangan, keluarga (sehingga dua orang anak) dan ibu/bapa tunggal (sehingga dua orang anak) bagi memenuhi keperluan keluarga anda.

Dengan hanya satu sijil, ia memudahkan pelanggan daripada perlu menguruskan beberapa sijil takaful untuk seluruh keluarga.

Pelanggan yang membeli Nissan X-Trail atau Serena S-Hybrid bermula 1 Februari – 30 April 2020 akan menerima sekeping kad promo FWD Takaful bersama satu kod unik dan perincian bagaimana untuk menebus perlindungan takaful percuma selama 1 tahun mereka menerusi laman web FWD Takaful.

Penebusan mesti dibuat sebelum 30 Mei 2020. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FWD Protect Direct, sila layari laman web fwd.com.my/direct/protect-direct.

Bukan itu sahaja, pelanggan Nissan boleh menikmati pelan bayaran bulanan yang menarik untuk model-model Nissan bermula serendah RM749 bagi Nissan Almera, RM958 untuk Nissan Navara, RM1,275 untuk Nissan X-Trail dan RM1,295 bagi sebuah Nissan Serena S-Hybrid.

10 pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi Perkakas Rumah Premium CUCKOO bernilai sehingga RM60,000 apabila mereka membeli dan mendaftarkan mana-mana model Nissan sepanjang Februari 2020.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan yang berlangsung pada dua hujung minggu 15 – 16 Februari dan 22 – 23 Februari di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.

Kunjungi kami untuk menikmati pelbagai tawaran, menyertai aktiviti menarik dan peluang memenangi hadiah menarik.

Tags
Google ads
Back to top button