Buletin

MODEL PRODUKSI PERTAMA NISSAN GT-R50 AKAN DIPAMERKAN DI GENEVA 2020

Sedar tak sedar, sebenarnya sudah dua tahun Nissan dan ItalDesign memperkenalkan model GTR-R50. Kini, model produksi yang telah siap sepenuhnya sedia untuk menemui orang ramai pada acara Geneva Motor Show 2020 bulan depan. 

Tidak banyak perincian yang diberikan oleh Nissan dan ItalDesign mengenai jentera tersebut,. Namun, ItalDesign ada membuat hantaran imej GTR-R20 di Twitter dan menulis “Tidak perlu dijelaskan.”

GT-R50 akan diperkenalkan secara rasmi pada 3 Mac depan dan penyerahan dijangka bermula hujung tahun ini. Produksinya dihadkan kepada 50 unit sahaja. Disember lalu, Nissan memberitahu sejumlah kecil tempahan masih dibuka. 

Masih belum jelas sama ada GT-R50 sudah habis dijual atau sebaliknya. Ia ditawarkan pada harga AS$1.06 juta (RM4.4 juta), jauh lebih mahal berbanding GT-R tahun 2020 yang berharga AS$113,540 (RM471,577) dan AS$210,740 (RM875,300) bagi varian NISMO. 

Pastinya GT-R50 lebih istimewa dengan rekaan dalaman dan luaran yang unik. Ia juga sebuah model yang dihasilkan khas untuk meraikan ulang tahun ke-50 GT-R dan ItalDesign pada tahun 2018. 

Lebih menarik lagi, pelanggan boleh membuat ubah suai berdasarkan kepada citarasa mereka. Antara perkara yang boleh dipilih ialah dari segi kombinasi warna luaran dan dalaman. 

GT-R50 dikuasakan oleh enjin twin-turbo bersesaran 3.8 liter talaan NISMO yang mampu menjana 710hp.   

GALERI

Google ads
Back to top button