Buletin

ISUZU BUKA PUSAT 3S BAHARU DI TAIPING

Dengan populariti Isuzu yang semakin meningkat, terutama dalam kalangan pemilik yang mementingkan nilai dan ingin mencari kenderaan yang cekap serta boleh diharap untuk memenuhi keperluan pengangkutan mereka, sebuah cawangan pengedar 3S Isuzu terbaru di Taiping telah dibuka. Ia bagi menawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan dan perniagaan di sekitar daerah Matang.

Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura, cawangan yang dikendalikan oleh GB Motors itu terletak di kawasan yang strategik di sepanjang Jalan SImpang, berdekatan dengan jalan utama menuju bandar Taiping. 

Memiliki kawasan seluas 5,300 meter persegi, cawangan baru itu direka untuk menawarkan semua bentuk perkhidmatan.

Ia melibatkan jualan serta lepas jualan untuk semua barisan model Isuzu, bermula dengan D-Max hinggalah kepada trak tugasan sederhana dan berat.

Nakamura menyatakan rasa gembira dan mengalu-alukan kedatangan Kumpulan Goh Brothers ke dalam keluarga Isuzu. Nakamura yakin dengan cara pengurusan syarikat itu serta perancangan yang berkesan, mereka akan menjadi aset penting kepada jenama Isuzu.

“Sebagai salah satu rangkaian jualan automotif yang mantap sejak 25 tahun lalu dan memberikan pengalaman positif di kawasan sekitarnya, saya percaya cawangan baharu Goh Brothers akan menawarkan perkhidmatan profesional yang cemerlang.

“Selain memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama Isuzu di sini serta memenuhi keperluan populasi perniagaan yang kian berkembang di Taiping,” kata Nakamura.

Dengan binaan bangunan seluas 1,400 meter persegi, cawangan GB Motors terbaharu itu menempatkan bilik pameran yang besar untuk pengunjung. Ruang yang selesa juga disediakan bagi mereka yang ingin menunggu kenderaan diservis oleh juruteknik-juruteknik terlatih Isuzu.

Ketua Pengedar GB Motors, Goh Chern Earn berterima kasih kepada Isuzu di atas keyakinan yang diberikan kepada syarikat itu. Dia berjanji untuk melonjakkan lagi reputasi cemerlang jenama Isuzu dengan memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

“Sebagai ahli keluarga Isuzu, kami komited untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan Isuzu di kawasan ini melalui khidmat yang profesional,” jelas Goh.

Bagi meraikan perlantikan sebagai pusat 3S sah Isuzu, GB Motors akan mengadakan kempen pandu uji selama sebulan bermula 24 Oktober hingga 23 November 2020. 

100 orang pelanggan pertama yang memandu uji mana-mana model Isuzu di bilik pameran berkenaan akan menerima hadiah hadiah misteri. Sila layari Facebook Goh Brothers di @IsuzuGB untuk kemas kini.  

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pusat 3S Isuzu di Taiping atau cawangan lain yang berdekatan dengan anda, sila layari laman www.isuzu.net.my, Facebook @IsuzuTrucksMalaysia, @ISUZU.DMax atau hubungi talian 1-300-88-1133.

Google ads
Back to top button