
ISUZU D-MAX X-TERRAIN 2022. WARNA HITAM/PUTIH BAHARU, KAMERA 360, BERMULA RM147K
Isuzu Malaysia baru-baru ini melancarkan trak pikap D-Max X-Terrain yang telah dinaik taraf. Penerima lima anugerah “Trak Pikap Tahunan Terbaik” sejak dilancarkan setahun lalu, D-Max X- Terrain nyata mampu memenuhi segalakeperluan dan terbukti menjadi salah satu trak yang paling lasak, serba boleh dan canggih di pasaran hari ini.
“Isuzu D-Max generasi baru kekal menjadi kebanggaan kami. Model ini merapatkan jurang di antara fungsi sebenar trak pikap dengan kehendak pelanggan. Ia memastikan pelanggan dapat menikmati beberapa ciri yang akan menjadikan pemanduan lebih selamat dan menyenangkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.
Perubahan paling ketara pada model baru D-Max X-Terrain ialah dua warna baru iaitu putih mutiara (Silky Pearl White) dan hitam (Onyx Black).

Satu lagi pertambahan penting ialah adalah Around-View Monitor yang menawarkan pandangan 360 darjah dalam bentuk 3D pada skrin bersaiz sembilan inci.
Ciri seterusnya ialah pengecasan tanpa wayar Qi pada ruang hadapan tombil gear. Sesuai digunakan untuk hampir semua telefon pintar, telefon boleh dicas dengan mudah dan tanpa gangguan. Justeru, pemandu tetap dapat menggunakan Bluetooth untuk menikmati muzik dan melihat peta tanpa perlu bimbang bateri telefon habis.
Satu lagi permintaan pelanggan yang popular ialah welcome lights di luar. Lampu LED itu akan menerangi kawasan sekitar kaki ketika membuka kunci kenderaan. Apabila digunakan bersama-sama follow-me home lights, pemandu dan penumpang akan selamat dan kasut juga tidak akan kotor, walaupun di tengah gelap malam.

Seiring dengan gayaan rugged X-Terrain, trak pikap itu juga dilengkapi scuff plate berlampu yang bukan saja melindungi bingkai pintu daripada calar, malah menambah lagi elegan model ini.
Isuzu D-Max X-Terrain 2022 sudah boleh ditempah mulai sekarang di semua pengedar sah Isuzu dan akan diserahkan kepada pelanggan pada pertengahan Julai. Model itu ditawarkan dengan kenaikan harga minimum bermula RM146,938 seunit.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/
GALERI





