Buletin

ISUZU KEKAL TRAK PALING POPULAR MALAYSIA

Isuzu terus menjadi jenama pilihan di antara kalangan pengendali kenderaan komersial di Malaysia apabila ia berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 dalam carta jualan untuk tahun 2015. 

Isuzu-truck-No-1-Malaysia-mekanika (1)

Isuzu Malaysia mencatat jualan sebanyak 6,387 unit pada tahun 2015 berbanding 6,321 unit pada tahun sebelumnya.  Angka tersebut membuatkan Isuzu menjadi jenama trak paling popular di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut.

Dipacu oleh pertumbuhan signifikan dengan permintaan hampir 100% ke atas trak tugas sederhana Forward, trak tugas berat Giga serta trak prime mover, Isuzu meneruskan dominasinya dalam pasaran trak di Malaysia dengan menguasai 36.2% perkongsian pasaran.

Isuzu-truck-No-1-Malaysia-mekanika (3)

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka menyatakan bahawa sentimen ekonomi yang kian lemah dan usaha berorientasikan pelanggan yang dilaksanakan oleh syarikat menyumbang kepada kejayaan.

“Permintaan yang memberangsangkan terhadap trak tugas sederhana dan berat kami juga menunjukkan bahawa pelanggan sedar, apabila mereka bertukar kepada trak Isuzu yang berteknologi tinggi, mereka boleh merasai perbezaan dari segi kos operasinya,” kata Matsuoka.

Isuzu-truck-No-1-Malaysia-mekanika (7)

Inisiatif syarikat yang fokus untuk mengukuhkan asas perkhidmatan berorientasikan pelanggan berjaya meningkatkan lagi keyakinan para pengguna.

“Ia bukan sahaja melibatkan aspek menambah baik rangkaian pengedaran atau kebolehdapatan alat ganti, malah setiap usaha yang kami laksanakan adalah untuk memastikan para pelanggan dilayan sebaiknya pada hari ini dan seterusnya,” tambah Matsuoka.

Maklumat lanjut, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari laman web: www.isuzu.net.my/truck

Google ads
Back to top button