Peranti

Jabra Halo2 dan Solemate

Pengalaman mobiliti audio masa kini

Penggemar teknologi telefon pintar pasti gembira dengan pengenalan dua produk peranti audio mudah alih dari Jabra; Solemate dan Halo2. Kedua-dua peranti ini dipakejkan dengan reka bentuk kontemporari dengan sambungan audio melalui Bluetooth 3.0 bersama kualiti bunyi mengagumkan.

[hr]

Jabra Halo2

Peranti yang boleh dilipat, dengan berat cuma 80 gram. Dengan kabel yang boleh ditanggalkan dan disertakan bersama mikrofon, model ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk menikmati muzik. Selain masa berbual sehingga 8 jam bagi setiap fungsi secara berasingan.

Teknlogi MultiuseTM  yang dilengkapinya membolehkan peranti ini serasi untuk digunakan pada pelbagai peranti elektronik lain seperti telefon pintar, tablet, pemain MP3 dan pelbagai lagi.

“Jabra Halo2 serta-merta menerima respon positif daripada generasi muda, terutama yang gemarkan muzik. Ini kerana reka bentuknya yang ergonomik dan selesa digunakan,” jelas Pengarah Urusan Bahagian Penyelesaian Pengguna Jabra Asia Pasifik, Jonathan Tang.

Halo2 turut dilengkapi sensor sesentuh pada bahagian sisinya untuk pengguna mengawal kadar kelantangan audio dengan mudah, hanya dengan sentuhan minimum. Bukan itu sahaja, setiap kawalan audio lain juga boleh dilakukan dengan mudah, tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar anda.

Jika anda tidak selesa dengan cara capaian tanpa wayar, Halo2 boleh juga dikendalikan dengan  sambungan wayar yang boleh ditanggalkan jika tidak diperlukan. Demi  keselesaan maksimum, bahagian dalaman set pendengarannya dilapik dengan  material suede dan kulit.

Jabra Halo2 dijual pada harga RM469 dan boleh didapati dalam warna hitam dan putih. Ia kini dijual di premis jualan produk Apple, Novacell, I-Tec@MV, Viewnet Hyperstore, All IT Hypermarket dan di semua pengedar sah Jabra.

 Spesifikasi Jabra HALO2:

– Bluetooth 2.1, termasuk EDR, A2DP dan AVRCP

  • Bluetooth 3.0 EDR + teknologi tanpa wayar eSCO, hingga 10 meter
  • A2DP untuk aliran muzik (music streaming)
  • AM3D Virtual Surround Sound 2.0 dan PowerBass
  • AVRCP untuk kawalan jauh (langkau track, henti, dll)
  • Teknologi Noise Blackout dengan dwi-mikrofon
  • Headband boleh lipat dan bekas khas
  • Masa bercakap: 8 jam
  • Masa muzik tanpa wayar: 8 jam
  • Jangka hayat ketika Standby: 13 hari
  • Pengecaj Micro USB
  • Dimensi: 45mm (D) x 165-190mm (H) x 136mm (W)
  • Berat: 80 gram
[hr]

Jabra Solemate

Satu lagi produk, Jabra Solemate merupakan pembesar suara mudah alih. Jika Halo2 adalah untuk kegunaan persendirian, Solemate pula bersifat sebaliknya; agar anda boleh berkongsi muzik yang didengar bersama orang lain yang ada di sekitar.

Hanya dengan saiz yang lebih kurang sama seperti sebotol air 500ml, peranti ini dihasilkan supaya tahan hentakan, debu dan peluh, sekali gus menjadikannya tahan lasak. Ia juga menggunakan sambungan Bluetooth dengan kabel audio 3.5mm atau kabel USB sebagai pilihan.

Dijual pada harga RM699 seunit, kedua-dua produk ini diedarkan oleh GN Netcom.

Spesifikasi Jabra SOLEMATE™:

  • Tahan debu, peluh dan pasir
  • Keupayaan sebagai pembesar suara untuk telefon
  • Panduan suara
  • Paparan status
  • Sambungan tanpa wayar – pemain multimedia dengan Bluetooth dalam jarak 10 meter
  • Sambungan Bluetooth®, kabel audio 3.5mm audio dan kabel USB
  • Bateri Lithium-ion caj semula
  • 8 jam muzik tanpa wayar
  • tempoh hayat bateri sehingga 40 hari dalam keadaan Standby
  • Berat: 610 gram
  • Dimensi: 172 mm (L) x 64 mm (W) x 70 mm (H)
[hr top]

Gallery

[hr_invisible]

[hr]
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button